Farah Alina binti Abdul Aziz dilahirkan pada 21 Disember 1989. Beliau membesar dan mendapat pendidikan awal di Perak.
Selepas tamat pengajian peringkat asasi di Kolej Matrikulasi Perak, beliau mengambil ijazah dalam lapangan Kejuruteraan Reka Bentuk Produk di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Beliau dianugerahkan Bestari Award List untuk empat semester dalam tempoh pengajiannya.
Antara kejayaan beliau, iaitu pernah mendapat Gold Prize Award ketika International Engineering Invention and Innovation Exhibition (i-ENVEX) dengan produk Halal Code Scanner untuk telefon pintar. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai pengarah dan exco dalam pelbagai program di universiti.
Farah Alina binti Ab. Aziz kini sedang mengambil master di UniMAP dalam pengkhususan kejuruteraan Pembuatan. Sebagai pemudi intelek, beliau bergiat aktif dalam Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan merupakan Ketua Beliawanis PEMBINA Cawangan Perlis. Beliau juga merupakan penerima anugerah Tokoh Mahasiswi PEMBINA 2012 sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan Kali Keenam PEMBINA.