Hari ini tanggal 14 Februari 2013 sinonim dengan suasana muda-mudi menyambut sambutan “Hari Kekasih” atau juga dikenali sebagai “Valentine`s Day”. Budaya meraikan hari kekasih telah lama sebati dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Pada hari ini ramai belia diluar sana yang berusaha untuk memuaskan nafsu mudanya dengan memberikan penghargaan kepada pasangannya bersempena hari kekasih ini dengan keluar berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan yang sah, berparti liar bersama rakan-rakan dan sebagainya.
Kebanyakan mereka masih jahil berkenaan sejarah Hari Kekasih dan mereka masih ingin meneruskan budaya maksiat ini sehinggakan berlakunya penzinaan secara berleluasa yakni dosa besar yang membawa kepada kemurkaan Allah SWT sehingga ia boleh merosakkan institusi kekeluargaan di Malaysia. Budaya ini wajib dicantas ke akar umbinya agar statistik 300,000 anak luar nikah pada tahun 2013 yang tersenarai dalam Jabatan Pendaftaran Negara ini dapat dikurangkan dari masa ke semasa.
Kejahilan ini perlu diperbetulkan dengan memberi kesedaran kepada para belia diluar sana berkenaan akibat-akibat buruk yang bakal diterima sekiranya melanggar perintah Allah SWT. Amanah ini perlu digalas oleh mereka yang mempunyai perhatian dan kesedaran akan peranan dan tanggungjawab. Siapakah mereka itu? Mereka itu adalah kita. Kami menyeru kepada seluruh ahli PEMBINA dan para belia yang untuk terus melaksanakan amanah kita sebagai khalifah yakni melakukan amar nahi mungkar.
Sebagai belia yang beragama Islam dan memiliki kesedaran Islam, wajib bagi mereka untuk meninggalkan secara total budaya maksiat ini dengan membuat pilihan yang tepat agar ia menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Bersesuaian dengan firman Allah SWT:
[colored_box color=”eg. blue, green, grey, red, yellow”]“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketakwaannya(8) sesungguhnya beruntunglah orang yang mrnyucikan jiwa(9) dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya(10)” (S.As-Syams: 8-10)[/colored_box]
Percayalah pada janji Allah SWT bahawa bahagia akan diperolehi dengan mentaati segala perintahNYA, sebaliknya murka Allah dan penderitaan berpanjangan akan dinikmati apabila laranganNYA dicerobohi.
Oleh:
Anis Sakinah,
Penolong Setiausaha Agung PEMBINA.
Pingback: Say NO to Valentine’s Day – PEMBINA IIUM Chapter
Artikel yang bagus..
tapi tiada button share ke fb.. kalau ada button share mudah untuk berkongsi dgn teman2 fb yang lain
=)