Gotong-Royong Pupuk Semangat Kerjasama PEMBINA Selangor

Seksyen 7, Shah Alam, 1 Nov -PEMBINA Selangor telah mengadakan kerjasama dengan Surau Al-Islah Seksyen 7 dalam satu aktiviti gotong royong melibatkan ahli PEMBINA di sekitar Shah Alam untuk membersihkan kawasan surau berkenaan.Gotong royong di Surau Islah, Seksyen 7

Gotong- royong ini bertujuan sebagai satu lambang kepekaan PEMBINA di Shah Alam dan Klang terhadap perlunya aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosial yang soleh selain bertujuan untuk meneruskan kesinambungan kerjasama di antara Surau Al-Islah dan PEMBINA yang sebelum ini telah beberapa kali berkerjasama menjayakan program-program di sekitar kawasan perumahan tersebut seperti Ihya’ Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri.

Program seperti ini juga dapat dilihat dapat mencapai objektif mengeratkan lagi jalinan ukhuwwah yang terjalin sesama ahli PEMBINA Selangor disamping mendekatkan lagi PEMBINA dengan masyarakat setempat.Gelagat belia PEMBINA membersihkan longkang Surau terbabit

Aktiviti ini yang bermula yang telah tamat pada jam 12 tengahari itu turut dibantu oleh para pelajar maahad tahfiz surau berkenaan  .- www.pembinaselangor.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top