Pada 18 Julai 2009 yang lalu, Unit Latihan Belia dan Tugas-tugas Khas PEMBINA UIA telah mengadakan ‘Event Management Course’. Program ini bermula pada pukul 9 pagi dan sesi terakhir berakhir sekitar pukul 3 petang. Program ini disertai oleh pelajar-pelajar uia dan juga ahli-ahli PEMBINA sekitar Gombak dan Kuala Lumpur.
Objektif program ini adalah untuk mendedahkan kepada para peserta mengenai tatacara dan teknik yang betul dalam menguruskan sesebuah program. Antara tajuk yang dibentangkan ialah pembahagian skop kerja dalam sesebuah organisasi, penyediaan kertas kerja, etika budaya dalam bekerja, cara-cara untuk mengadakan program secara gabungan dengan persatuan atau pertubuhan lain, serta teknik pengendalian minit mesyuarat.
Para penceramah yang dijemput telah memberikan pembentangan yang berkesan. Antara penceramah yang hadir ialah saudara M Hafez M Yusof, saudara Umar Hakim, saudara Abdullah Farouq dan Saudari Aishah Hatta.
Harapan dari program ini agar para peserta dapat memanfaatkan ilmu-ilmu yang telah diperolehi dari program dalam kehidupan sebenar samada ketika di alam bekerja atau dalam menguruskan program-program yang bakal diadakan. Insya-Allah program ini akan bersambung untuk siri kedua bagi memantapkan lagi ‘soft skill’ ahli-ahli PEMBINA.
Mohd Eqwan B Mohd Roslan
P.Ketua Unit Tugas-tugas Khas, PEMBINAKL