Fotografi: PEMBINA Menerobos Arena Baharu

31 Julai 2010, Bangi- Kira-kira 40 orang pelajar telah mengikuti program PhotoTalk 2010 yang menampilkan Zainal Halim (photojournalist terkemuka) sebagai pengajar di Masjid Universiti Tenaga Nasional, Bangi semalam. Program ini merupakan hasil kerjasama PEMBINA, Sahabat al-Quran dan kelab Shutters Uniten. Zainal Halim telah berkongsiĀ  dengan peserta pengalaman dan tips yang beliau kumpul selama lebih 33 tahun berkecimpung dalam dunia fotografi. PhotoTalk 2010 yang berlangsung selama 6 jam ini telah membuka dimensi baru tentang fotografi dan dunia kewartawanan. Para peserta juga aktif menyertai sesi perkongsian dengan mengemukan persoalan-persoalan yang menarik dan menambah pengetahuan terutamanya bagi peminat seni foto statik ini.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah para peserta PhotoTalk 2010
Program dengan tema fotografi berkumpulan merupakan arena baharu yang diceburi PEMBINA dalam usaha mendekati golongan belia. Hal ini dilihat sangat bertepatan dengan trend minat belia terhadap fotografi yang mendadak meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top