
SHAH ALAM, 22 Okt – “Wanita merupakan nukleus bagi keluarga dan masyarakat. Apabila wanita itu baik maka baiklah masyarakat keseluruhannya,”ujar Dr. Norsaleha Mohd. Salleh, Ketua Wanita ISMA dalam ucapan perasmian Festival Beliawanis Nasional 2017 (FBN 2017) semalam.
Dengan seruan Anggun Peribadi, Inspirasi Beliawanis, FBN 2017 ingin menyampaikan mesej kepada seluruh beliawanis di Malaysia agar membina keperibadian yang anggun dalaman dan luaran dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan besederhana dalam kecantikan seiiring dengan tema FBN pada kali ini iaitu sihat dan cantik.
“Perkara utama yang perlu seiring dengan semangat juang seseorang wanita ialah ilmu kerana ilmulah yang memandu amal selari dengan syarak.
Budaya Ilmu yang kuat dan metodologi yang berkesan dapat mempersiapkan wanita dalam menghadapi serangan musuh islam yang berpandangan songsang,” tambahnya lagi.
Mengakhiri ucapan, Dr Norsaleha mengingatkan para beliawanis untuk tidak menjadi musuh kepada diri sendiri yakni bersikap antagonis menutup potensi diri malah seharusnya mempertahankan identiti diri sebagai muslimah, negara sebagai negara Islam dan perlembagaan sebagai perlembagaan Islam.