Eng Hj Norzafry Norhalim

Norzafry bin Norhalim mendapat pendidikan awal di Selangor. Selepas menamatkan zaman persekolahan di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, beliau meneruskan pengijazahannya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di RMIT University of Melbourne, Australia.

Falsafah beliau, “Life is a Journey” menjadi batu loncatan yang meluaskan pengalaman dan kemahirannya dalam pelbagai aspek. Beliau telah terpilih dalam Program Ford Motor Company of Australia yang hanya mengambil 60 pelajar terpilih di Australia. Pada Mac 2008 hingga Mac 2013, beliau berkhidmat sebagai Jurutera Pemeriksa dan ahli Kumpulan Solusi Teknikal di bawah PETRONAS.

Norzafry mendapat gelaran ‘Haji’ ketika di usia muda ketika masih melanjutkan pengajian beliau di Australia. Kisah kembara haji beliau dan rakan-rakan telah mendapat perhatian media dan disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia.

Di atas bakat kepimpinan beliau yang menyerlah sejak zaman persekolahannya lagi, Norzafry yang aktif di dalam Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pusat sejak tahun 2009, kemudian sebagai Timbalan Presiden pada 2010 dan seterusnya memandu PEMBINA sebagai Presiden pada tahun 2011.

Norzafry pernah menjadi panelis jemputan dalam Rancangan U-Wartawan Astro Awani dan Rancangan Nasi Lemak Kopi-O. Beliau juga merupakan pemidato dalam ASEAN Logics Conference di Universiti Islam Malaysia sebagai sebagai Timbalan Presiden manakala di Himpunanan Sejuta Umat (HIMPUN) di Stadium Shah Alam sebagai Presiden PEMBINA ketika itu.

Kini, beliau berkhidmat sebagai Jurutera RBI di Saudi Petrochemical Company (Sadaf), al-Jubail, Arab Saudi dan merupakan seorang jurulatih dalam Biro Latihan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), dan terlibat di dalam Biro Luar Negara ISMA (dahulu Sekretariat Antarabangsa ISMA) sebagai penasihat kepada ISMA Cawangan India sejak 2009 sehingga kini.

poster1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top