Dr. Aznan- YDP MUIS

Dr Aznan Hasan merupakan anak kelahiran Pulau Pinang. Beliau merupakan Antara bakat kepimpinan yang menyinar sejak zaman persekolahannya di Kolej Islam Klang.

Selepas menamatkan pengajian sehingga ke tingkatan enam, beliau telah melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar As-Syarif, Kaherah, Mesir di bidang Syariah Islamiyah. Beliau telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan pangkat Jayyid Jiddan sebelum melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Ijazah di Kuliyah Darul Ulum, Universiti Kaherah. Beliau telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah dengan keputusan Mumtaz.

Sekembalinya ke tanah air, beliau telah memulakan khidmatnya di Fakulti Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran di University of Wales, Lampeter, United Kingdom.

Dr Aznan merupakan Profesor Madya Undang-undang Syariah dan mantan Ketua Jabatan Undang-undang Islam, Kuliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas di bidang syariah dan kewangan Islam, ini termasuk posisi sebagai Presiden Pertubuhan Penasihat Syariah Kewangan Islam (ASAS), Mantan Pengerusi, Jawatankuasa Penasihat Syariah, Suruhanjaya Keselamatan Malaysia dan ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia.

 Beliau juga telah diamanahkan sebagai Yang DiPertua Majlis Ulama’ ISMA (MUIS) sejak tahun 2010.

HIMMAH2013_BuntingSpeakers3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top