Disebalik tema Sedekad Penuh Tekad

Disebalik tema Sedekad Penuh Tekad

Bangi, 16 Feb – “Membawa tema Sedekad Penuh Tekad, Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan ke-9 (MATK9) Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) ingin mengajak semua ahlinya untuk mengimbau kembali kejayaan demi kejayaan yang dikecapi PEMBINA sepanjang 10 tahun penubuhannya,” kata Qamarul Nazrin selaku Pengarah Program.

Menurutnya lagi, MATK 9 ini juga diadakan sebagai inspirasi buat PEMBINA khususnya ahli-ahli yang baru mendaftar agar dapat menyambung legasi perjuangan dan membawa 5 aspirasi PEMBINA ke mercu yang tinggi.

“Dalam masa yang sama, kita nak dedahkan pada ahli-ahli PEMBINA, sejarah penubuhan PEMBINA, presiden-presiden PEMBINA, Institut Pengajian Tinggi yang berdaftar, peningkatan keahlian dan sebagainya,” jelasnya lagi.

Wartawan: Farhanah Fauzi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top