Jumaat, 6/8/2010 – PEMBINA Kuala Terengganu telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Daurah Persiapan Ramadhan. PEMBINA merasakan persiapan yang awal perlulah dilaksanakan bagi memastikan ibadah puasa di bulan Ramadhan nanti dapat dijalankan dengan lebih baik dan tersusun.
Program ini telah diadakan di Surau Tanjung Gelam, Mengabang Telipot bermula dari jam 8.30 malam, disusuli dengan solat Isyak secara berjemaah yang telah diimamkan oleh Ustaz Syaikh Sabri. Usai solat isya’, program diteruskan dengan diskusi sekitar tajuk Persiapan Menghadapi Ramadhan, disudahi dengan jamuan ringan iaitu pada pukul 10.30 malam. Penyertaan program sangat menggalakkan. Seramai 14 orang telah hadir termasuk 4 orang penduduk tempatan di sini serta penuntut-penuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).
Semoga dengan usaha yang tidak seberapa ini, boleh menjadikan Ramadhan pada tahun ini adalah lebih baik daripada tahun-tahun yang telah berlalu.