Surat ini ditulis oleh seorang cilik dari Gaza. Tanpa sebarang prejudis. Ini petikan kecil dan terjemahannya.
Petikan Asal
I really don’t want to be your enemy Mr. President, you Americans have nice movies, nice burger, nice coke, we can easily love you, but you don’t give us any space. Arming Israelis to shower us with phosphorus peace, burning us with DIME peace, destroying our schools with cluster peace and peacefully making me an orphan… and now I am threatened to lose the last person left in my family, that doesn’t make you a biased mediator or a strong ally to the enemy Mr. President, that makes you THE ENEMY.
I don’t think it is smart to have a strong enemy like you, but what can I do Mr. President? Apparently it is your choice and I have nothing to do about it.
Don’t worry Mr. President, everything is settled, I live with my cousin, he is preparing me emotionally that I may lose him, he told me what to do when he dies.
I know what to do, I went to a friend and I asked him to list me with the resistance and not to tell my cousin, he said that I am still a child, so I asked my cousin (without telling him the reasons of course) to find a way to smuggle milk and cheese through the tunnels so I can grow up fast and strong and join the resistance to be a nice young man like my cousin, to defend other families, to save the souls of other mothers and fathers, to protect other children from becoming orphans like me.
As for you, try to reconsider finding out who annoyed you in my district and made you insisting on killing us all, I swear I will tear him into pieces.
Best regards to you and special respect to your daughters…. I’ll pray for them in order not to face my destiny.
Sincerely
Ali
Terjemahan
Surat kepada Tuan Presiden: Daripada Si Kecil
Saya benar-benar tidak mahu menjadi musuh anda, Tuan Presiden. Anda orang-orang Amerika mempunyai filem-filem yang bagus, burger yang sedap, minuman coka yang sedap, kami boleh dengan senang mencintai anda, tetapi anda tidak memberi sebarang ruang kepada kami. Membekal senjata kepada Israel untuk menghujani kami dengan keamanan fosforus, membakar kami dengan keamanan DIME, memusnahkan sekolah-sekolah kami dengan keamanan peluru rangkai dan dengan amannya menjadikan saya anak yatim … dan sekarang saya diancam untuk kehilangan orang terakhir yang tinggal dalam keluarga saya, itu tidak membuatkan anda seorang perunding yang berat sebelah atau teman rapat kepada musuh, Tuan Presiden, tapi itu membuatkan andalah MUSUH.
Saya tidak fikir memiliki musuh yang kuat seperti anda adalah bijak, tetapi apa boleh saya buat Tuan Presiden? Yang jelas, ia adalah pilihan anda dan saya tidak ada apa-apa boleh dibuat tentangnya.
Jangan bimbang Tuan Presiden, setiap perkara telah selesai, saya hidup dengan sepupu saya, dia sedang menyediakan saya secara emosi kerana saya mungkin akan kehilangannya, dia memberitahu saya apa perlu dibuat apabila dia meninggal.
Saya tahu apa hendak dibuat, saya telah pergi kepada seorang kawan dan saya meminta dia menyenaraikan saya bersama dalam pasukan mujahidin dan tidak memberitahu sepupu saya, dia berkata bahawa saya masih kanak-kanak kecil, jadi saya minta sepupu saya (tanpa memberitahunya sebab, yang pasti) untuk mencari jalan untuk menyeludup susu dan keju melalui terowong supaya saya boleh membesar cepat dan gagah dan menyertai pasukan mujahidin untuk menjadi seorang pemuda yang bagus seperti sepupu saya, untuk mempertahankan keluarga-keluarga lain, untuk menyelamatkan jiwa bapa-bapa dan ibu-ibu yang lain, dan untuk melindungi kanak-kanak lain daripada menjadi yatim seperti saya.
Adapun untuk anda, cubalah mempertimbangkan semula untuk mencari siapa yang mengganggu anda di dalam daerah saya dan membuatkan anda terdesak untuk membunuh kami semua, saya bersumpah saya akan mengoyak-ngoyaknya menjadi cebisan-cebisan kecil.
Salam terbaik untuk anda dan kehormatan yang istimewa untuk anak-anak perempuan anda…Saya akan berdoa untuk mereka supaya tidak menghadapi nasib seperti saya.
Dengan ikhlas,
Ali
(Jazakallahu Khairan kepada Akh Zahir yang sudi menterjemah artikel ini)