Beliawanis: Program Jalinan Mahabbah 1

 

Program “Jalinan Mahabbah 1” adalah program berorientasikan konsep kembara berbasikal. Program dijalankan pada 18 Januari 2009 di Bukit Cerakah, Shah Alam dengan objektif program untuk merapatkan hubungan sesama kenalan bersempena permulaan semester baru. Peserta yang hadir adalah seramai 23 orang terdiri daripada pelajar UiTM dan MSU.

Basikal digunakan sebagai medium untuk bergerak pada rehlah kali ini. Aktiviti berbasikal bermula pada jam 9.00 pagi dengan penuh semangat.

Peserta memilih basikal masing-masing…

Destinasi pertama adalah ke Taman Cendawan. Permainan yang pertama adalah “Manisnya Ukhuwah” yang dikendalikan oleh Saudari Khairunnisa. Permainan ini memerlukan pasangan untuk membawa sebiji gula-gula dengan menggunakan pipi.

Kemudian disusuli dengan aktiviti kedua iaitu “Ulat Bulu”. Permainan ini konsepnya hampir sama dengan ibu ayam dan musang di mana ketua kumpulan perlu mempertahankan ahli-ahlinya daripada “diculik” oleh kumpulan lain. Selepas 30 minit, aktiviti yang terakhir adalah “Bola Beracun”.

Untuk memberi ruang kepada peserta menghilangkan penat bermain, sedikit hidangan ringan disediakan dengan dijamukan kuih donat dan air mineral. Kesimpulan aktiviti-aktiviti tersebut diulas oleh Saudari Khairunnisa dan Saudari Fatimah .

 

Peserta bersungguh-sungguh mempertahankan kumpulan masing-masing dalam permainan “ulat bulu”

Permainan Bola Beracun

Daripada Taman Cendawan peserta bergerak ke destinasi terakhir iaitu Rumah Iklim. Sebelum masuk ke dalam rumah iklim satu slot tazkirah disampaikan oleh Saudari Khairunnisa daripada UiTM Kampus Alamanda tentang tokoh seorang sahabat iaitu Mus’ab Bin Umayr. Program tamat pada jam 12.30 tengahari.

Tazkirah bertajuk Mus’ab bin Umayr oleh Ukhti Khairunnisa

 

Laporan oleh :

NorHismalisa Ab Rahman

Siti Fatimah Abu Talib

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top