DAP Melampau Pertikai Kewujudan JAKIM

Tindakan Ahli Parlimen DAP, Zairil Khir Johari, mempersoal kewujudan JAKIM yang disifatkan sebagai bertentangan dengan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan merupakan satu tindakan yang melampau. Malah menampakkan lebih jelas wajah DAP sebagai pihak yang konsisten menentang badan agama Islam yang berautoriti di Malaysia.

Hujah teknikal yang sering mereka kemukakan ialah bidang kuasa agama Islam adalah hak negeri bukan persekutuan dan kadang kala hujah mereka sebaliknya, yang penting ia memberi manfaat kepada agenda mereka dalam mengheret Islam ke ruang tanpa kuasa di Malaysia.

Proses penubuhan JAKIM bermula dengan sebuah urus setia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1969 selepas MKI ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada tahun 1968.

Pada tahun 1974, urus setia MKI telah dinaik taraf kepada Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya pada tahun 1985 dijenamakan semula sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam (Baheis), Jabatan Perdana Menteri.
Baheis dinaik taraf menjadi sebuah Jabatan berkuat kuasa pada 1 Januari 1997 yang dinamakan sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Penubuhan Jakim dilihat sebagai salah satu landasan dalam memenuhi keperluan masyarakat Islam

Penglibatan Majlis Raja-raja serta kerajaan persekutuan dalam penubuhan JAKIM menunjukkan tuduhan DAP tersebut tidak benar. Malah penubuhan JAKIM menepati semangat Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam agama persekutuan dan mengikut undang-undang perlembagaan, pihak eksekutif bertanggungjawab mempertahan kakitangan perkhidmatan awam dan bukan sebaliknya.

Juga kenyataan pemimpin DAP itu yang mencadangkan agar perkara melibatkan agama menjadi amalan individu bukan perlu dikawal oleh mana-mana kuasa merupakan cadangan yang amat menyalahi siyasah syariah atau maslahah yang amat penting dalam Islam.

Aksi konsisten DAP mempertikai badan agama Islam berautoriti boleh menimbulkan kesulitan dan DAP perlu berhenti dari pendekatan melampau sedemikian kerana ia jelas bertentangan dengan semangat demokrasi serta akan membangkitkan lagi suasana tegang dalam masyarakat.

 

photo_2015-06-30_10-47-38

Sharifah Abdul Samad
JK Kajian PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top