Ramadan bulan agenda pembangunan diri

dirii

Begitu cepat masa berlalu harini kita telah sampai di hari ke-9 ramadhan tahun ke 1436 Hijriah iaitu sehari sebelum berakhirnya fasa pertama iaitu fasa rahmat di bulan Ramadan. Bulan Ramadan merupakan bulan yang istimewa bagi kita menilai diri kita yang sebenar ketika syaitan telah dibelenggu namun kita masih perlu berhati-hati kerana nafsu juga mampu menjadikan kita lalai untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Andai dahulu sering sahaja kita menyalahkan syaitan atas maksiat dan dosa yang dilakukan tapi di bulan Ramadan tiada lagi pengaruh syaitan bagi menggoda dan menghasut manusia lembah kemaksiatan. Bahkan dosa dan maksiat yang dilakukan pada bulan Ramadan ini adalah lebih teruk kerana seolah-olah telah menghina kesucian bulan Ramadhan itu sendiri.

Rata-rata umat Islam di Malaysia, guru-guru yang memberi tazkirah mengajak umat Islam menghidupkan amal ibadah di bulan Ramadhan untuk mengejar pahala yang berlipat ganda yang dijanjikan Allah SWT. Lakukanlah apa sahaja amalan di bulan Ramadhan ini pasti akan digandakan pahalanya kepada 10 kali ganda. Golongan yang berjaya adalah mereka yang benar-benar berusaha sedaya upaya megeksploitasi Ramadhan ini dengan amal soleh & ketaatan kepadaNYA. Rugi dan sia-sialah jika dibiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja.

Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi seperti yang disebut dalam hadith:

عن جابر بن سمرة أتاني جبريل فقال : يا محمد ! من أدرك أحد والديه فمات فدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين قال : يا محمد من أدرك شهر رمضان فمات فلم يغفر له فأدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين قال : و من ذكرت عنده فلم يصل عليك فمات فدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين

Dari Jabir bin Samuroh rodhiyallahu’anhu, Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallambersabda: “Aku menjumpai Jibril, kemudian dia berkata: “Wahai Muhammad, barangsiapa yang menjumpai salah seorang dari kedua orang tuanya kemudian ia meninggal, kemudian ia dimasukkan ke neraka, semoga Allah melaknatnya.” Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amin”. Jibril berkata, “Wahai Muhammad, barangsiapa yang menjumpai bulan Ramadan kemudian ia meninggal, dan tidak diampunkan dosanya, maka dimasukkan ia ke neraka, semoga Allah melaknatnya.” Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amin”. Jibril berkata, “Wahai Muhammad, barangsiapa yang engkau disebutkan padanya ia tidak bersholawat kemudian meninggal dan dimasukkan ke neraka, semoga Allah melaknatnya.” Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amin”.

Apabila syaitan dibelenggu pada bulan Ramadan, umat Islam bebas merancang agenda pengukuhan diri, menyusun semula tabiat-tabiat positif dalam hidup dan melaksanakannya. Dengan keazaman dan mujahadah segala agenda dapat dilakukan dengan mudah tanpa bersusah payah melawan waswasah syaitan.

Seorang pejuang perlu mengambil kesempatan bulan Ramadan ini untuk melakarkan agenda hidupnya untuk hari-hari selepas Ramadan dan mula membuat latihan pelaksanaannya pada bulan ini dengan istiqamah.

Syeikh Yusuf al-Qardhawi pernah berkata “Jika kita tidak mampu untuk mengubah diri kita dalam bulan Ramadan, nescaya kita tidak akan mampu mengubah diri kita di bulan-bulan yang lain”. Ayuh gandakan usaha kita untuk melakukan perubahan dalam diri kita.

Semoga masih belum terlambat untuk kita muhasabah kembali amalan kita di Ramadhan ini, adakah keseriusan & kesungguhan kita pada awal Ramadhan dahulu, kekal sehingga kini atau tidak. Ini kerana, ruh inilah yang menjadi momentum untuk kita istiqamah di hari-hari mendatang, setelah Ramadhan berlalu pergi.

 

Oleh,

Norfarah Fatin binti Anuar

Aktivis PEMBINA UNIKL RCMP

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top