Dalila miliki bakat terpendam dalam kaligrafi Cina

9 Februari, Kuala Lumpur- Nur Dalilahusna bt Md Sofri, seorang guru di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Jinjang, Kuala Lumpur telah mempamerkan bakat terpendamnya di dalam kaligrafi Cina apabila beliau telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Kaligrafi Peringkat Sekolah bersempena Sambutan Tahun Cina baru-baru ini.

Akui Saudari Dalila, sungguhpun beliau tidak memahami maksud tulisan kaligrafi itu, namun atas dasar minat yang mendalam untuk memahami budaya Cina, beliau terus menyertai pertandingan kaligrafi ini buat kali kedua. Lebih membanggakan sepanjang dua tahun menyertai pentandingan ini,  beliau yang merupakan ahli PEMBINA Gombak telah dinobatkan sebagai juara dan mengungguli kemenangan berturut-turut selama 2 tahun. Kaligrafi Cina merupakan seni menulis tanda-tanda bahasa yang mempunyai nilai-nilai kebudayaan yang tinggi bagi kaum Cina.

Terdahulu Saudari Dalila yang merupakan bekas penuntut di Institut Perguruan Guru, Kampus Bahasa Melayu (IPBM),  juga telah memenangi tempat pertama melalui cerpen yang bertajuk “Mujahid Kecil Berjiwa Syuhada” bagi Pertandingan Cerpen- Bingkisan buat Beliawanis anjuran PEMBINA.

dalila-kaligrafi cina
Saudari Dalilahusna (tujuh dari kiri), Surat Khabar Sinchew, 7 Februari 2014

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top