CETAK: Buku atau Manusia?

“Mek, tahu tak buku pertama syed qutb ditulis masa umur berapa?” Air tasik ditenung dalam.

“Berapa?” Sudu di tangan cekap mengaut isi dalam bekas aiskrim.

“25. Hmm.. Ni umur dah lebih satu buku pun tak ada,”
Bekas aiskrim bertukar tangan.

“Kau mungkin gagal cetak buku sekarang sebab kau kena akui kau memang tak pandai menulis mcm orang lain. Tapi kau dah cetak sesuatu yang lebih berharga”

“Apa dia mek?” Isi bekas disuap lagi ke mulut.

“Kau dah cetak manusia ikut versi Quran Sunnah, kau yang cetak aku kenal hala tuju hidup aku,”

Mata terpaku pada sepasang mata. “Kau ni..”

“Betullah, mungkin bukan kau yang tulis buku, tapi mana tahu orang yang kau cetak tu pun boleh tulis buku, saham kau dapat juga,”

“Doakan aku dapat tulis juga satu hari nanti,”

Ya. Hidup ini terlalu luas dan banyak perkara untuk kita terokai. Cuma apa yang diterokai itu lebih kepada kepuasan diri atau untuk keperluan umat atau kedua-duanya. Semangat yang ada pada pemuda memang selalunya membakar. Cuma biar ada bara. Sekurangnya bila api terpadam, tiup sikit menyala semula.

Hasil nukilan,
Khairunnisa Mazlan
JK Pembangunan Organisasi PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top