Berbaki beberapa hari sahaja lagi dunia akan memasuki satu tahun masihi yang baru ddan pastinya ketibaan tahun ini sentiasa disignifikasikan dengan azam dan perubahan.
“tahun baru, azam baru”
“tahun baru, semangat baru”
Jika ditanya rakyat Malaysia pada hari ini, apakah harapan mereka pada tahun 2016 nanti? Pasti, rata-rata masyarakat Malaysia sudah mempunyai Wishlist, senarai azam-azam baru yang ingin mereka laksanakan dan pastinya, mereka menginginkan perubahan yang lebih baik pada tahun akan datang. Namun, persoalan yang harus diajukan. Adakah perubahan itu hanya datang ketika tahun baru menjelma? Adakah perubahan itu hanya tertulis ketika tahun baru mula melambaikan kehadirannya? lebih parah lagi, adakah kita hanya menunggu ketibaan tahun untuk membuat perubahan?
Saban tahun, fakta merekodkan berlakunya peningkatan masalah social, sama ada di kalangan pelajar, remaja, mahasiswa mahupun belia. pergaulan bebas tanpa sempadan, masalah penzinaan, amalan budaya-budaya baru yang jelas bertentangan dengan adab ketimuran, filem-filem yang tidak lagi menggarapkan unsur keislaman, Isu-isu sebegini seolah-olah menunjukkan tiada langsung perubahan yang ditunjukkan, bahkan kelemahan, kecairan identity dan kelunturan jati diri yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan umat islam pada hari ini. Lalu..
Ke manakah azam yang kita harapkan??
Kemanakah perubahan yang kita inginkan?
Inikah wajah umat islam yang kita bayangkan?
Islam telah jelas menggariskan bahawa:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
Namun, Sejauh mana umat islam hari ini gagal merealisasikan perubahan yang diharapkan?
Dari Ibnu Umar dari Ibnu Mas’ud dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam beliau bersabda: “Kaki Anak Adam tidaklah bergeser pada hari Kiamat dari sisi Rabbnya sehingga ditanya tentang lima hal; tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia pergunakan, tentang hartanya dari mana dia peroleh dan kemana dia infakkan dan tentang apa yang telah dia lakukan dengan ilmunya.”
Wahai para belia harapan bangsa,
Keazaman yang kita inginkan itu bukan hanya menjadi satu coretan di muka buku,
Peubahan yang kita harapkan bukan hanya satu nukilan yang tinggal kenangan.
Tetapi, ia perlu menjadi faktor penolak dalam memacu diri ke arah yang lebih baik.
Jika hari ini, belia masih berada dalam belenggu kejahilan, berangkatlah segera ke arah pintu cahaya.
Jika belia hari ini masih kurang ilmu pengetahuan, maka segeralah mencari penawarnya kerana belia yang berjaya itu sikapnya membina.