Seluruh keluarga PEMBINA mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli dan penggerak PEMBINA di atas kelahiran cahayamata masing-masing. Semoga anak-anak menjadi penyejuk mata ibu dan bapa, membesar menjadi anak-anak soleh dan solehah yang berbakti kepada keduanya dan agama.
Tahniah diucapkan kepada pasangan :
1. Ustaz Wan Muhammad (Pengerusi ISMA Arab Saudi) dan isteri, saudari Nurhazlin M Musak (aktivis PEMBINA Sabah) atas kelahiran cahayamata sulung lelaki seberat 3.45 kg pada Ahad, 17 Oktober baru-baru ini di Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam.
Cahayamata pasangan Wan Muhammad dan Nurhazlin
2. Saudara M Hafez M Yusuf (Setiausaha PEMBINA Kuala Lumpur) dan isteri juga atas kelahiran cahayamata sulung lelaki pada jam 2.41 petang tadi (20 Oktober) di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak.
Cahayamata pasangan M Hafez & isteri.
Didoakan, “Semoga kalian diberkati Allah pada anak-anak yang dikurniakan, kalian dikurniakan rasa bersyukur kepada Yang Maha Memberi, si anak segera mencapai dewasa, dan kalian dikurniakan kebaikannya.”
بورك لكم في الموهوب وشكرتم الواهب وبلغوا أشدهم ورزقتم برهم