Pemimpin Sebenar Bukan Semestinya Pemimpin Politik

“Pemimpin sebenar bukan semestinya pemimpin yang terlibat dalam politik namun merupakan pemimpin beragenda dengan perancangan yang jelas,” ujar saudara Ibrahim Mohd Hassan, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dalam sidang media Himpunan Mahasiswa di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pagi tadi.

Tambahnya, walaupun sehingga kini PEMBINA tidak mewakili mana-mana badan kepimpinan pelajar di kampus, namun dari sudut aktivisme PEMBINA aktif menjalankan usaha mendekatkan mahasiswa kepada pemahaman Islam yang sebenar dan peranan sebenar mahasiswa.

“Selain menganjurkan program-program yang cuba membangkitkan jati diri belia, PEMBINA turut aktif dalam menerangkan ancaman liberalisme dan bahaya Syiah,” ujarnya.

Menjawab isu ancaman ideologi luar termasuklah yang cuba dibawa oleh COMANGO, beliau mengulas mengenai kesukaran PEMBINA dalam menjalankan peranannya kerana ia bukanlah persatuan yang mengetuai kepimpinan pelajar.

“Namun itu tidak menghalang PEMBINA dalam menjalankan inisiatif menyekat penularan tersebut di kampus,” tegasnya.

“Pada masa yang sama, dalam usaha menembusi kepimpinan utama pelajar di universiti, kita akan bertanding di 14 buah IPT dengan anggaran 17 calon PEMBINA bertanding dalam pilihan raya kampus,” ujarnya ketika mengulas mengenai pilihan raya kampus yang akan diadakan tidak lama lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top