Manusia di Ambang Kehancuran

19 Oktober, UPM – Saudara Iqbal Hakim bin Abdul Razak, Ketua Unit Latihan dan Kepimpinan PEMBINA dalam pembentangan kertas kerja beliau yang bertajuk “Mengungkap Sejarah Kepimpinan Beraktivisme dan Memimpin” menyimpulkan bahawa kebolehan mempengaruhi orang lain serta fokus kepada apa yang hendak dituju merupakan ciri yang penting bagi seorang pemimpin. Beliau bercakap demikian dalam program HIMMAH 2.0 anjuran Perasatuan Belia Islam Nasional bertempat di Kompleks Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah disini hari ini.

Dalam ucapannya lagi, beliau telah membongkarkan pertembungan antara hak dan batil yang berleluasa sekarang, sehingga nilai-nilai kemanusiaan yang murni berada di ambang kehancuran. Contoh yang dibangkitkan bilamana, dalam sistem pentadbiran yang jahil dinaikkan tetapi sepatutnya dijatuhkan.

Dalam memastikan kesinambungan kepimpinan dan ketuanan Islam, saudara Iqbal menegaskan bahawa, umat Islam perlu merasakan sepotong ayat Al-Quran yang mafhumnya setiap manusia adalah khalifah dirasakan adalah terletak di atas pundak orang Islam masing – masing. Dengan melihat bahawa kita adalah pemikul agenda al-Haq, kita seharusnya tidak lagi berkira-kira dalam mengambil tanggungjawab atau terlalu banyak kerisauan-kerisauan yang tidak perlu.

Dalam kertas kerjanya juga, beliau menyatakan bahawa Islam memang benar tidak mengajar umatnya merebut jawatan, tetapi semangat berlumba-lumba kepada kebaikan serta bersama dengan kumpulan yang lain, menggerakkan amal dakwah menjanjikan sesuatu gagasan yang lebih padu serta melahirkan kepimpinan secara lebih sihat.

Di akhir pembentangan, beliau melontarkan sebuah pertanyaan yang amat besar sama ada masih adakah lagi orang yang boleh diharapkan untuk memimpin ummah. Dan beliau menutup persoalan beliau dengan mengatakan, segalanya terletak ditangan para hadirin, sama ada ingin melakukan sesuatu perubahan atau tetap melihat sesuatu perkara itu berubah dengan sendirinya.

Scroll to Top