SUBANG JAYA, 6 Ogos – Naib Presiden 2 yang juga Ketua Beliawanis PEMBINA menyeru golongan beliawanis dan mahasiswi muslimah agar menghayati hikmah dan rahsia bulan Ramadhan. Menurut beliau, setiap detik di bulan Ramadhan ini terlalu berharga untuk disia-siakan.
Ketua Beliawanis PEMBINA itu berpesan agar beliawanis Muslimah mengekalkan momentum amalan-amalan soleh, sekalipun didatangi waktu uzur. Keuzuran tidak pernah menghalang seorang muslimah untuk bangun dan beristighfar kepada Allah sepanjang malam. Menurut Saudari Hasni, Muslimah yang bijak akan menggunakan waktu keuzurannya menyediakan sahur dan iftar untuk orang yang berpuasa kerana Allah berjanji dia mendapat pahala yang sama dengan orang orang berpuasa.
Beliau mengakhiri temubual bersama Media PEMBINA dengan pesanan: “Sebarkanlah salam dan kemaafan buat semua di bulan mulia ini. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang cukup indah dan bermakna untuk kalian”.