Ramadhan: Begin with the End in Mind

Ramadhan menjelang!

 

Bergembiralah kerana ia satu rahmat Allah yang sangat hebat yg terhimpun di dalamnya ganjaran & kebaikan yang sangat banyak berbanding bulan-bulan lain. Marilah kita berlumba-lumba memperbaiki diri dan mengerjakan ketaatan kpd Allah dgn kick-start yang baru dengan bermulanya Ramadhan tahun ini.

 

Satu cara memotivasi & tuning diri sebelum Ramadhan adalah dengan konsep “Begin with the end in mind” seperti yang dilakarkan oleh Steven Covey. Di hujung Ramadhan, atau selepas Eid, ramai akan muhasabah diri berapa kali dia khatam Quran, adakah dia bangun qiam setiap malam, bagaimana dia mengisi 10 malam terakhir, berapa malam iktikaf di masjid. Tapi akhirnya objektif Ramadhan adalah memupuk ketaqwaan & ketaqwaan hakiki tidak diukur semata-mata dgn ibadah pada bulan tersebut. Apa yg patut kita ukur adalah apa yang kita bakal bawa keluar dari Ramadhan kerana itu menentukan ultimate effect Ramadhan ke atas diri kita.

 

Ramadhan menjadi medan mengerjakan ibadah secara berterusan (continuous) bagi memupuk kebiasaan dalam amal; sebagaimana latihan kecergasan yang kerap mampu membina stamina serta fleksibiliti otot. Maka kesan yg lebih kita harapkan adalah kemampuan istiqamah dalam berqiamulail, bangun awal, solat berjemaah di masjid, puasa sunnat, jimat berbelanja, bersabar, menjaga tatabicara, dan sebagainya. Segala nilai, sifat baik, dan kekuatan jiwa hasil mengharungi Ramadhan kita harapkan terpupuk & tersemat terus dalam diri kita. Sesungguhnya, kemampuan istiqamah dalam beribadah merupakan satu nikmat yang manis. Situasi sifat-sifat mulia yang terpupuk mantap di dalam jiwa itulah yg dinamakan akhlaq. Maka akhlaq merupakan satu ukuran terpenting yang perlu kita gauge sepanjang dan sejurus selepas Ramadhan kerana akhirnya ketaqwaan kita terjelma melalui akhlaq kita.

 

Ketaqwaan menurut Umar Al-Khattab ibarat berhati-hati meniti jalan berduri. Kita berhati-hati tidak melangkau batasan syariah, berhati-hati, khusyu’ dan melakukan ibadah dalam keadaan terbaik sebagaimana yg dikehendaki Allah, berhati-hati tidak menyakiti manusia & berhati-hati menggauli manusia dgn bijak. Ini semua mampu dipupuk sekiranya kita benar mengejar erti ketaqwaan di bulan Ramadhan, bukan semata-mata melipatgandakan ibadah untuk mengejar pahala. Dan ia mampu tersemat dan sebati di dalam jiwa jika kita secara sedar memelihara kualiti puasa dan malam-malam kita sepanjang Ramadhan.

 

Tanamkanlah azam untuk mengharungi Ramadhan untuk menggapai perubahan diri yang permanent atau jangka panjang. Di bulan Ramadhan, kita meninggalkan tabiat-tabiat buruk, kita perkemas amal-amal yang lewa atau ketinggalan, kita memperbanyakkan ibadah dan zikir kepada Allah, kita teliti dalam memperbaiki diri kita, dan moga hasilnya adalah momentum kebaikan yang berpanjangan buat diri kita.

 

Aizuddin Khalid
Naib Presiden I
PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top