Beliawanis PEMBINA Melaka anjur 'Sharing is Caring'

Melaka, 10 Julai-  Bersempena kemasukan mahasiswa baru ke IPT, PEMBINA telah menganjurkan Program ‘Sharing is Caring’ khusus buat pelajar-pelajar baru Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Program ini telah diadakan untuk membina hubungan ukhuwah dan memberi pendedahan tentang realiti kehidupan di IPT kepada masiswa yang baru menjejakkan kaki ke menara gading. Program telah diadakan di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh berdekatan dengan kolej kediaman peserta.

Pada jam 9.00 pagi, program dimulakan dengan sesi ‘Full Your Tummy First’, di mana mereka dibekalkan Nasi Lemak, Roti Sardin dan air kotak sebagai sarapan pagi. Program diteruskan ‘Break The Ice’ sebagai sesi perkenalan sesama peserta. Kebanyakan peserta yang hadir berasal dari Kedah, Terengganu dan Perak. Bagi mereka yang masih baru di Melaka, mereka diajar tips-tips untuk mendapatkan kenderaan awam di sekitar kolej kediaman masing-masing.

Kemuncak program adalah sesi ‘Membina Diri di Jalan Universiti’ di mana Saudari Hidayah telah mengupas isu-isu negatif di IPT seperti gejala ponteng kelas dan ‘couple’ yang kian berleluasa. Nasihat-nasihat dan tips-tips berharga sebagai mahasiswi muslimah telah diberikan dengan harapan menjadi panduan dalam menempuh hidup di IPT yang mencabar. Program diteruskan dengan sesi bersiar-siar dan bergambar.

Kemudian, para peserta dibawa ke Melaka Central untuk berkenal-kenalan dengan sistem pengangkutan awak ke tempat kediaman atau sekitar Bandar Melaka. Para peserta pulang dengan azam dan semangat baru dalam melayari kehidupan di universiti. Semoga banyak manfaat diperolehi peserta dari program ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top