Beliawanis Komited Agenda Membangun Jatidiri

BANGI, 2 Julai – Naib Presiden 2 PEMBINA, Nor Hasni Hayati Hanapi selaku Ketua Beliawanis PEMBINA menyatakan komitmen para beliawanis PEMBINA untuk bersama membangunkan jatidiri golongan pemuda dan pemudi Malaysia. “PEMBINA sebagai sebuah persatuan yang mesra belia dan tiada prejudis terhadap belia walau apa pun latar belakang mereka. Apa yang penting, PEMBINA turut serta dengan para belia di Malaysia dalam usaha merangka keperibadian sejati”, ujar beliau.

Nor Hasni yang ditemui dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) PEMBINA 2011 menjelaskan bahawa globalisasi dan perkembangan dunia semasa amat mencabar terutama bagi beliawanis Muslimah dalam melahirkan warganegara yang kompeten dan menyumbang disamping memelihara dan memenuhi tuntutan sebagai wanita.

Ketua Beliawanis itu juga menyeru beliawanis PEMBINA mengemaskini dan memperkasakan operasi di cawangan serta memaksimakan penggunaan media massa dan internet dalam usaha mendekati golongan belia yang amat cenderung dan banyak meluangkan masa di internet.

EGM PEMBINA berlangsung di Kompleks PKNS Bangi dan berlangsung dengan tema “Bersama Belia Membangun Jatidiri”.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top