Pemuda hebat berita hebat – Dr. Kamsani

BANGI 2 Julai 2011 – Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) PEMBINA 2011 telah disempurnakan oleh Dr. Ahmad Kamsani Samingan, Penasihat PEMBINA yang juga merupakan mantan Timbalan Presiden PEMBINA.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa belia mempunyai peranan dan fungsi besar dalam peradaban manusia. Keupayaan belia telah terbukti mampu mengubah dan membentuk lanskap dunia sepanjang sejarah.

Dr. Kamsani turut menjelaskan bahawa belia yang hebat merupakan satu berita yang hebat buat dunia. Al-Quran sendiri menggunakan kalimah “Naba'” sebagai berita hebat bagi menceritakan kisah pemuda Kahfi yang hebat sebagaimana Al-Quran mengguna kalimah “Naba'” untuk peristiwa-peristiwa penting lain.

Penasihat PEMBINA itu turut mengajak para ahli PEMBINA memperkasakan diri dengan menggauli pelbagai lapisan masyarakat dan menambah ilmu pengetahuan bagi menghadapi dunia globalisasi yang kian mencabar.

EGM PEMBINA 2011 ini berlangsung di Kompleks PKNS Bangi dan dihadiri lebih 100 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.

 

Media PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top