GOMBAK, 19 Jan – Para beliawanis perlulah mempunyai matlamat yang jelas dalam setiap tindakannya, tegas Saudari Amie Sofea bt Ahmad yang merupakan aktivis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).
Menurut beliau, tuntutan dunia yang penuh pancaroba membuatkan beliau terpanggil untuk keluar dan mahu memberikan manfaat kepada masyarakat meskipun sibuk bertugas sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah tahfiz dan pengacara TV Al-Hijrah.
“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain,” tambah beliau.
“Bagi membentuk seorang insan yang mapan jati dirinya, setiap individu itu seharusnya menerapkan pelbagai kebolehan dan kepakaran dalam menjalani kehidupan seharian”, ujar beliau.
Beliau juga sempat berkongsi 3 tips yang dapat menghindarkan seseorang individu itu daripada terjebak dengan pengaruh negatif:
[colored_box color=”eg. blue, green, grey, red, yellow”]
1) mempunyai iman yang mantap,
2) berusaha untuk menjadi insan yang merdeka,
3) mengamalkan amar makruf nahi mungkar.
[/colored_box]
Beliau turut menyarankan agar beliawanis mencontohi keperibadian srikandi-srikandi Islam seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah dan Ummu Sulaim ketika menjadi panelis dalam forum ‘Bina Jati Diri, Memberi Inspirasi’ sempena Festival Beliawanis Nasional 2013 anjuran PEMBINA.
Wartawan: Siti Balqis Abd Razak
Editor: Nurnaima Zainuddin