Belia perlu persiap diri hadapi cabaran alam IPT

Tampin, 18 Mei – Seramai 50 orang pelajar lepasan Kolej Matrikulasi & Pusat Asasi telah berjaya menyertai Program Matriculation Alumni Camp 2014 (MAC) Zon Selatan. Program yang berlangsung pada 16-18 Mei yang lalu itu menghimpun ahli PEMBINA yang berada di  Kolej Matrikulasi & Pusat Asasi disamping turut dibuka kepada umum.

Saudara Nurul Aizam Zaini dalam ucapan beliau ketika majlis penutup program tersebut berkata para belia yang akan melangkah masuk ke IPT perlu sediakan diri hadapi cabaran alam IPT. Beliau merupakan Pengarah MAC Zon Selatan ini turut menegaskan bahawa ancaman ideologi liberal terhadap mahasiswa semakin hebat dan belia di IPT perlu mempunyai asas kefahaman islam yang jelas bagi mengelak daripada diancam ideologi tersebut.

Program yang diadakan di Kem Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan itu berobjektif untuk memberikan pendedahan alam IPT kepada para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran di IPT-IPT di seluruh negara bagi kemasukan September depan. Ini dicapai melalui pelbagai slot dan aktiviti menarik diantaranya Forum Dunia Kampus, Pilihan Hatiku dan Slot Motivasi Destinasiku pada hari terakhir program. Peserta juga berpeluang meneroka Gua Batu Maloi sebagai salah satu modul aktiviti lasak yang disediakan.

Turut memperkenalkan PEMBINA sebagai platform aktivisma mahasiswa di IPT, para peserta didedahkan dengan pelbagai program menarik yang dianjurkan oleh PEMBINA di cawangan seluruh negara. Ini meyakinkan para peserta untuk terus mengikuti pelbagai program-program yang telah dirancang saban tahun oleh PEMBINA di seluruh negara.  Program ini merupakan program tahunan PEMBINA bagi membantu ahli mahupun bukan ahli PEMBINA bagi membuat persediaan bagi memasuki alam IPT.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top