SEREMBAN 24 April – Belia perlu berani mencuba dan kembangkan sehingga maksima potensi diri pada ruang-ruang yang diminati tanpa tergelincir dari landasan syarak, ujar Presiden Persatuan Belia Islam Nasional, Tuan Haji Norzafry Norhalim dalam slot Kem Lepasan SPM 2011 anjuran PEMBINA Negeri Sembilan.
Tambah beliau lagi, belia merupakan generasi yang aggresif dan mempunyai idealisme yang cukup tinggi.
Lantaran itu, mereka sering dilihat menonjol dalam banyak perkara baik perkara positif mahupun sebaliknya contohnya ekspedisi, pertandingan, perlumbaan, pendakian dan sebagainya.
Namun demikian, kebanyakan belia masakini tidak memanfaatkan dengan baik potensi serta keyakinan yang mereka ada untuk menyumbang kepada agama, negara dan bangsa.
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Tuan Haji Norzafry Norhalim berkesempatan mengisi slot Kem Lepasan SPM 2011 anjuran PEMBINA Negeri Sembilan bagi topik ‘Belia Harapan Negara’, di sini.