UMS – Pada 25 Julai lepas, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Sabah telah menganjurkan acara Beach Ball Islami di Outdoor Education Research Centre (ODEC), UMS. Program ini telah disertai oleh lebih 30 orang belia yang terdiri daripada mahasiswa UMS serta pelajar-pelajar dari SMK SANZAC, Kota Kinabalu.
Acara dimulakan pada jam 8 pagi dengan senaman ringkas sebelum acara BeachBall bermula. Riadah kali ini terdiri daripada dua pasukan iaitu pasukan the Red Warrior vs pasukan Bujang Senang. Perlawanan hebat yang berlangsung turut menyaksikan beberapa kecederaan kecil yang berlaku. Namun begitu, keadaan masih lagi terkawal.
Selepas 1 jam beriadah, para peserta disajikan dengan santapan rohani yang disampaikan oleh saudara Amirul. Dalam tazkirahnya, dia membawa para peserta dalam menghayati makna hidup Islam sebenar, dengan mengambil teladan daripada para Sahabat Nabi s.a.w dalam mengenal Tuhan yang Esa.
Penghujung acara ini disudahi dengan sajian barbeque yang disediakan oleh jawatankuasa program. Diharapkan penganjuran program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta menambahkan stamina setiap ahli dalam persediaan untuk acara pertandingan futsal yang akan dianjurkan kelak.
Unit Media PEMBINA-Sabah