Beliawanis Pahang Semakin Gagah


PANTAI SEPAT 17 Julai– Hampir 100 orang mahasiswi sekitar Kuantan menyertai EXPLORACE BELIAWANIS 2010 anjuran PEMBINA Pahang. Mahasiswi yang datang dari KIPSAS, UIAM dan KKM telah bersama-sama menjalin hubungan baru dan mesra antara mereka melalui aktiviti menarik explorace kali ini. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu telah dimulakan dengan sesi ice-breaking yang mudah dan sesi tazkirah. Program diteruskan dengan explorace yang sangat mencabar dan kreatif. Lokasi aktiviti explorace di tepi pantai menambahkan keceriaan dan cabaran. Para peserta explorace pula sentiasa bersemangat melakukan aktiviti arahan di setiap checkpoint sehingga ke penghujungnya. Program telah berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang. Pada pukul 2 petang, para peserta pulang ke IPT masing-masing dengan menaiki bas yang disediakan.Oleh itu, PEMBINA Pahang mengucapkan syabas kepada semua peserta kerana telah berjaya meghabiskan cabaran explorace kali ini. Semoga pengalaman dan jalinan hubungan antara IPT ini akan dapat terus diingati dan berkekalan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top