Satu hari, warga hutan telah mengadakan sebuah mesyuarat untuk membincangkan masalah kekurusan yang dihadapi oleh Si Bangau. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Bangau, Ikan, Rumput, Kerbau, Perut, Nasi, Kayu Api, Hujan, Katak dan Ular. Lalu pengerusi mesyuarat pun mula membuka perbincangan dan berlakulah dialog antara ahli mesyuarat.
“Bangau oh Bangau, Kenapa engkau kurus?”“Macam mana aku tak kurus, Ikan tak mahu timbul.”
“Ikan oh ikan, Kenapa tak mahu timbul?”“Macam mana aku nak timbul, Rumput panjang sangat.”
“Rumput oh rumput, Kenapa panjang sangat?” “Macam mana aku tak panjang, Kerbau tak makan aku.”
“Kerbau oh kerbau, Kenapa engkau tak makan rumput ?” “Macam mana aku nak makan, Perut aku sakit.”
“Perut oh perut, Kenapa engkau sakit?” “Macam mana aku tak sakit, Makan nasi mentah.”
“Nasi oh nasi, Kenapa engkau mentah?” “Macam mana aku tak mentah, Kayu api basah.”
“Kayu oh kayu, Kenapa engkau basah?” “Macam mana aku tak basah, Hujan timpa aku.”
“Hujan oh hujan, Kenapa engkau timpa kayu?” “Macam mana tak timpa kayu, Katak panggil aku.”
“Katak oh katak, Kenapa engkau panggil hujan?” “Macam mana aku tak panggil, Ular nak makan aku.”
“Ular oh ular, Kenapa nak makan katak?” “Macam mana aku tak makan katak, Memang makanan aku.”
Akhirnya, Pengerusi membuat kesimpulan bahawa masalah kekurusan yang dihadapi oleh Si Bangau adalah berpunca daripada Si Ular. Lalu semua ahli mesyuarat menyalahkan Si Ular dan ingin memukulnya.
Tapi, benarkah Si Ular punca utama masalah tersebut? Apakah betul kaedah perbincangan yang dilaksanakan oleh pengerusi dalam mesyuarat tersebut? Adakah tindakan menyalahkan dan memukul Si Ular merupakan penyelesaian sebenar bagi masalah yang dibincangkan?
SAMBUNGAN…..
seronok~