Bahang PRK: Calon Mahasiswa Rapuh

SERDANG, 19 Okt – Rata-rata hari ini, bahang Pilihanraya Kampus (PRK) mulai dirasai di kebanyakan IPT seluruh Malaysia. Wartawan PEMBINA sempat menemuramah beberapa peserta yang hadir ke Himpunan Mahasiswa (HIMMAH) 2.0 berkenaan isu ini yang bertempat di UPM semalam.

Kerisauan cukup terasa melihatkan calon-calon perwakilan yang bertanding umpama melontarkan idealistik yang sangat rapuh. Harapan yang diletakkan kepada calon bertanding baik dari pro-asporasi mahupun pro-mahasiswa sudah bagaikan layang-layang putus tali.

Tiada apa yang boleh diharapkan. Hal ini diperjelaskan oleh saudara Aiman Ahmad Faudzi, JK Kajian dan Informasi PEMBINA bahawa dunia mahasiswa hari ini dihidangkan dengan ancaman yang jauh lebih hebat berbanding 10 tahun dahulu namun tiada perwakilan yang memperjuangkan isu ini.

“Saya ada satu kerisauan pada negara dan mahasiswa. Istimewanya Malaysia ini ancaman dan ideologinya sangat-sangat hebat. Sedangkan pemimpin di peringkat mahasiswa khususnya MPP tidak cakna dan kurang ambil perhatian terhadap perkara ini untuk disampaikan”, katanya.

Perkara ini dipersetujui dan dikuatkan lagi dengan respon dari saudara Adri Aiman bin Md Anuar Musaddad, ahli PEMBINA MMU yang mengatakan calon bertanding tidak fokus pada sasaran yang besar sebaliknya hanya fokus dan membincangkan isu kebajikan pelajar semata-mata.

“MPP tak menambahbaikkan kualiti pelajar menyebabkan ramai pelajar yang berpotensi tapi takut, jadi kita perlukan pemimpin yang faham dan perjuangkan agenda Islam untuk menarik mereka”, tambah beliau.

Manakala menurut saudari Roszida Kamaruddin, JK Pembangunan Organisasi PEMBINA, beliau mendapati konsep kepemimpinan dalam PRK hari ini lebih mengangkat bendera parti berbanding perjuangan agenda sejagat.

Tegasnya, “ianya (konsep kepemimpinan) lebih nak mengangkat parti, bukan nak membawa agenda dan perubahan pun, tapi lebih nak dapatkan kuasa”.

Maka bertepatanlah dengan langkah yang diambil oleh PEMBINA melalui kenyataan di sidang khabar, Presiden PEMBIINA, Ibrahim Hasan berkata, PEMBINA bersedia untuk menghantar calon bertanding dalam PRK bagi merampas kedudukan mulia mahasiswa beragenda jika melihatkan suasana politik kampus yang sangat kritikal hari ini.

Bagaimanapun, seramai hampir kira-kira 1200 orang peserta yang hadir pada program tersebut telah menyatakan persetujuan bahawa PRK sangat membantu dalam mengasah bakat kepimpinan belia khususnya mahasiswa.

Menurut saudari Farzana bt Selamat, ahli PEMBINA USIM, beliau menyatakan PRK ini satu medium yang sangat bagus untuk melahirkan pemimpin. Mereka akan belajar untuk merancang dan kemudian mengasah kemahiran kepimpinan untuk melaksanakan apa yang telah dirancang dalam manifesto.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top