Anugerah Best Kiosk Award: Karnival Usahawan Siswa UiTM 2009

Shah Alam, 14 Feb-Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Shah Alam- Klang telah menyediakan kiosk di KARNIVAL USAHAWAN SISWA 2009 anjuran UiTM pada 9-14 Feb yang lalu dibawah nama PEMBINA BIZ NETWORK. Booth ini menyediakan pelbagai produk seperti T-Shirt Labuh, T-shirt Lelaki, Badges, Keychain, Tafsir Al-Quran, Modem pakej internet dan banyak lagi.
PEMBINA BIZ NETWORK yang mendapat sambutan jualan yang baik juga telah mendapat anugerah Best Kiosk Award dari pihak UiTM. Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor UiTM, Prof Nasuddin Othman semasa majlis penutup Karnival tersebut.


Urusetia Karnival UiTM juga telah memberi respon yang baik kepada PEMBINA dan berhasrat untuk terus bekerjasama bagi menjayakan aktivisme keusahawanan di UiTM pada masa hadapan.

Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan Kiosk PEMBINA BIZ NETWORK, semoga kecemerlangan ini diteruskan lagi di masa akan datang.

Sekitar program:

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top