Aktivis PEMBINA diseru kerja keras pastikan kelangsungan dakwah di setiap universiti

dr-kamil-azmi-tohiran-matk9-1024x682
Dr Kamil Azmi Tohiran adalah Presiden PEMBINA pertama ketika PEMBINA mula ditubuhkan 10 tahun lalu.

BANGI, 13 Feb – Para aktivis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) diseru agar bekerja keras bagi memastikan kelangsungan dakwah di kalangan mahasiswa dan mahasiswi setiap universiti di seluruh negara.

Mantan Presiden pertama, Dr Kamil Azmi Tohiran berkata, PEMBINA sebagai sebuah organisasi dakwah pada awalnya bermula dengan misi ‘pembinaan generasi’.

“Dengan kekuatan yang ada, persatuan ini mula untuk masuk terlibat dengan pelajar secara langsung dengan memasuki pilihan raya kampus.

“Ini adalah pencapaian yang bukan mudah untuk dicapai, melainkan dengn kekuatan organisasi itu sendiri,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan Ke-9 PEMBINA di Auditorium Mygenom, Dewan Institut Genom Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, hal itu menjadikan PEMBINA sebagai buah mulut orang ramai yang mengatakan bahawa persatuan ini merupakan sebuah organisasi yang bagus dan akan menjadi sejarah.

Justeru, katanya, sejarah sebegitu perlu dicipta supaya PEMBINA sentiasa membina sejarah yang baru.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) turut mengingatkan semua peserta pada hari ini bahawa sebagai khalifah, wujudnya satu tanggungjawab besar iaitu mengembalikan tujuan manusia di dunia ini untuk kembali kepada Allah.

“Kejayaan kita hari ini bukanlah destinasi, bahkan ia hanyalah batu tanda yang dilalui sepanjang perjalanan kita.

“Kita dapat tengok, banyak parti politik serta NGO yang datang dan pergi. Kenapa? Mereka datang dan pergi kerana tidak benar-benar didukung oleh generasi yang kuat.

“Kita tidak mahu perkara seperti ini berlaku kepada PEMBINA,” katanya.

sumber : Ismaweb

Sebahagian pimpinan Beliawanis PEMBINA.
Sebahagian pimpinan Beliawanis PEMBINA.

 

Dr Kamil menerima cenderamata penghargaan daripada Presiden PEMBINA, Ustaz Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz selepas menyampaikan ucapan aluan.
Dr Kamil menerima cenderamata penghargaan daripada Presiden PEMBINA, Ustaz Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz selepas menyampaikan ucapan aluan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top