Lebih 500 perwakilan dan pemerhati hadiri Mesyuarat Agung Ke-9 PEMBINA

12717548_1165505056800786_829030320169745717_n

BANGI, 13 Feb – 140 orang perwakilan dan 360 pemerhati dari seluruh Malaysia menghadiri Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan (MATK) kali ke-9 Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) yang diadakan hari ini, bertempat di Auditorium Mygenom, Institut Genom Malaysia, Bangi.

Dengan tema Sedekad Penuh Tekad, Presidennya, Ustaz Ibrahim Mohd Hasan Al Hafiz berkata, PEMBINA yang sudah 10 tahun bertapak ini sudah diiktiraf ramai sebagai sebuah badan yang menerajui arus mahasiswa.

“Kekuatan seramai 35,000 ahli dan 50 cawangan seluruh negara akan mengupayakan mahasiswa untuk mencapai mahasiswa kelas pertama,” katanya.

Menurut Jawatankuasa Aktivisme Pusat yang juga Pengarah MATK, Qamarul Nazrin Harun persatuan ini sudah berkembang di hampir kesemua universiti awam dan swasta di Malaysia.

Antara universiti yang telah berdaftar ialah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia UPM, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Politeknik.

Mantan Presiden PEMBINA pertama, Dr Kamil Azmi Tohiran sedang menyampaikan ucapan ketika berita ini disiarkan.

PEMBINA adalah sebuah pertubuhan belia yang ditubuhkan pada 14 September 2006 di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Sumber : Ismaweb

12743795_1165504843467474_8660854670300978812_n

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top