Ahli PEMBINA diseru capai matlamat kembalikan keamanan negara Islam

vip-matk9-768x512

Oleh Aishah Addin

BANGI, 14 Feb – Ahli PEMBINA kini mengerti hakikat realiti semasa umat Islam hari ini bagaikan makanan yang dikerumuni dan diratah oleh musuh sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.

Ustaz Ibrahim Mohd Hassan, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) turut menyebut keadaan umat Islam masa kini dalam ucapan dasarnya pada Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan ke-9 (MATK9) semalam.

“Selepas negara-negara Arab diporak peranda dan dicaturkan di bawah projek The New Middle Eastern, kali ini giliran Turki dan Syria pula menerima nasib yang sama,” katanya.

Tambahnya lagi, “seperti hadis Rasulullah s.a.w. malapetaka yang melanda bumi Arab pada kali ini adalah rentetan dari kisah silam.

“Hakikatnya, kemelut-kemelut dunia terutamanya yang melanda negara-negara Islam khususnya di timur tengah merupakan medan persaingan kuasa besar dunia untuk merebut hasil kekayaan bumi Islam”. 

Menurut Ustaz Ibrahim juga, persaingan ekonomi, pengaruh dan kuasa ketenteraan diterjemahkan kepada campur tangan dan percaturan negara-negara ketiga.

Demikian apa yang berlaku di Syria, Mesir dan Libya, bukan semata-mata kebangkitan rakyat menakluk kebebasan atas semangat demokrasi, tetapi telah dicemari oleh percaturan kuasa asing yang mahu melaksanakan agenda mereka menguasai dunia.

Ustaz Ibrahim menegaskan bahawa ahli PEMBINA mempunyai matlamat yang jauh, iaitu mengembalikan umat Islam kepada tampuk kekuasaan dan martabat yang mulia sebagai pemerintah serta mengembalikan khilafah Islamiyyah ke tempat asalnya.

“Hanya dengan mencapai matlamat inilah yang akan mengembalikan dunia kepada kemakmuran dan keamanan lampau,” ujarnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top