13 Februari, Putrajaya. Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting-AGM) PEMBINA kali ke-3 berlangsung dalam suasana mahabbah, meriah walau serba sederhana. Beberapa peristiwa telah menjadi noktah-noktah penting dalam agenda AGM PEMBINA kali ini.
Ucaptama Mantan Presiden PEMBINA Dr. Kamil Azmi bin Tohiran banyak menyentuh tentang peri penting sebuah organisasi yang menyediakan platform yang sihat serta berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah dalam membimbing belia ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.
Golongan belia selalu dilabel serta disinonimkan dengan pelbagai perkara negatif hingga terdapat pihak yang terlepas pandang potensi super yang wujud dalam kelompok ini. Aset bernama belia ini tiada ternilai namun tidak lahir begitu sahaja tanpa ada gembleng tenaga bagi mendidik para belia untuk menjadi individu muslim yang berkualiti, holistik dan versatil.
Agenda AGM diteruskan dengan sesi pembentangan aktiviti-aktiviti PEMBINA oleh mantan Setiausaha Agung, saudara Jalil Husni bin Yahaya serta laporan kewangan oleh mantan Bendahari PEMBINA, saudara Mohd Zuraidi bin Zakaria. Sungguh, walau dalam masa yang tidak panjang, PEMBINA dengan izinNya dapat mencapai tahap perkembangan yang membanggakan. Segala puji-puji adalah untukNya, Allah Azzawajalla.
Presiden: Zaizul Azizi bin Zaman
Timbalan Presiden: Norzafry bin Norhalim
Naib Presiden 1: Ibrahim bin M Hasan
Naib Presiden 2: Nor Hasni Hayati bt Hanapi
AJK:
Muadz bin Mohd Zain
Tg. Asyraf
Ahmad Syukri
Semoga Allah memberkati barisan kepimpinan yang baharu ini serta bersama-sama dengan PEMBINA dalam merealisasikan hasrat murninya bagi membina belia yang beriman dan berjasa!