Jaulah Pemuda Kahfi Berjaya Memupuk Semangat Riadah Islami

DSC_1768

SEREMBAN, 8 Februari 2010 – Sebagai menunaikan jemputan Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Seremban yang menganjurkan Karnival Futsal Islami (KAHFI’10) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) PEMBINA Shah Alam telah menghantar dua pasukan futsal yg terdiri daripada julat umur KRIM dan PEMBINA. Rombongan seramai 17 orang itu diketuai oleh Setiausaha PEMBINA Shah Alam, Saudara Mohd Hazwan Ab Halim sambil diiringi oleh wakil KRIM Shah Alam, Saudara Abu Aiman. Tepat jam 3.15 petang, rombongan bertolak ke Seremban selepas makan tengah hari di salah sebuah rumah aktivis PEMBINA dan tiba di rumah Naib Presiden ISMA, Ustaz Abdul Halim Abdullah pada jam 6 petang. Walaupun masih kepenatan, kontinjen Shah Alam sempat meluangkan masa selama 30 min untuk berlatih memandangkan kebanyakan ahli pasukan baru sahaja berkumpul dan berkenalan pada hari tersebut. Sebelum melelapkan mata, ahli rombongan berkesempatan untuk bertaaruf sesama sendiri buat pertama kalinya. Rata-ratanya merupakan lepasan SPM dari sekolah sekitar Shah Alam dan Klang dan Politeknik Banting dan UiTM Shah Alam.

DSC_1609

DSC_1585

Usai santapan sarapan pagi bersama-sama, rombongan terus bertolak ke Kompleks Belia dan Sukan Paroi, tempat berlangsungnya Karnival Futsal Islami. Suasana pagi tersebut amat meriah dengan penyertaaan sebanyak 10 pasukan remaja dari sekitar Seremban dalam kategori remaja sementara 14 pasukan dari institut pengajian tinggi seperti USIM, KMS dan UIA mengambil bahagian dalam katogeri Belia.

Semangat kesukanan dan kerjasama sepasukan telah ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan dari Shah Alam. Satu kemenangan dan satu seri yang diraih oleh pasukan Jejaka Kuntum Jr (Remaja) yang diketuai oleh Saudara Umayr dengan tunjuk ajar dari jurulatih, Saudara Azril Hanafi menaikkan semangat ahli pasukan untuk mencari kejayaan. Namun satu kekalahan yang tidak di duga pada perlawanan ketiga menyebabkan pasukan Jejaka Kuntum Jr terlepas peluang untuk ke peringkat suku akhir walaupun berjaya membelasah pasukan Kuala Pilah pada perlawan terakhir. Nasib turut tidak menyebelahi pasukan belia Shah Alam apabila kekalahan besar pada perlawanan sulung menyebabkan pasukan tersisih untuk ke suku akhir ekoran perbezaan jaringan walaupun memenangi perlawanan terakhir kumpulan dengan jaringan 4-1. Sekalung tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan.

 

DSC_1650

DSC_1641

Selesai sessi penyampaian hadiah dan bergambar, rombongan Shah Alam bersolat dan hemat diri di Masjid Sikamat sebelum berangkat pulang. Alhamdulillah lebih kurang jam 6 petang rombongan selamat tiba di Shah Alam dan pulang ke rumah masing-masing membawa kenangan manis bersama. Walaupun tewas tetapi ukhwah yang baru terjalin menaikkan semangat ahli pasukan untuk merebut kejuaraan pada KAHFI 2011. Jika tidak di Seremban, kita jumpa di KAHFI Shah Alam.

DSC_1544

Disediakan oleh

Mohd Hazwan Ab Halim
Setiausaha
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Cawangan Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top