AGM PEMBINA Kelantan

BESUT, 11 Jan – Belia mesti bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai cabaran yang sangat membimbangkan mutakhir ini, kata Mohammad Ridhuan bin Mohd Ali, Ketua Cawangan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kelantan.

Jelas beliau lagi, pemikiran liberal di Malaysia telah menular dengan rancak sekali. Jika belia tidak bersiap sedia memperkuatkan jati diri mereka bermula sekarang, maka mudahlah ianya  melemahkan  pemikiran belia itu sendiri.

Tambah beliau lagi, belia perlu cakna isu semasa lebih-lebih lagi isu yang melibatkan akidah umat Islam di Malaysia. Seperti isu terbaru, isu kalimah Allah yang ingin diguna pakai  dalam Bible.

Justeru, semua ahli PEMBINA disarankan  untuk lebih berani kehadapan dalam memainkan peranan bagi membantu belia di luar sana dalam memahami Islam yang sebenar.

Ridhuan berkata demikian dalam ucapan beliau ketika Mesyuarat Agong Tahunan PEMBINA cawangan Negeri Kelantan yang diadakan di Dewan Mesyuarat, Kompleks Rakan Muda, Besut.

Wartawan Media ISMA: Asma Hassan

Jurugambar: Nor Shahida Abd Gani

1 thought on “AGM PEMBINA Kelantan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top