Forum Islam & Cabaran Semasa bertajuk “Polemik Isu Kalimah ALLAH”

PEMBELA (Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam) sangat berbesar hati menjemput Tuan/Puan dan organisasi Tuan/Puan untuk menyertai Forum Islam & Cabaran Semasa bertajuk “Polemik Isu Kalimah ALLAH”. Forum separuh hari ini adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh : Ahad 20 Januari 2013  (bersamaan 8 Rabiulawal 1434H)
Tempat : Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak
Masa : 8.30 pagi – 1.00 tghari

Forum ini adalah anjuran PEMBELA bersama beberapa NGO Islam yang prihatin.

Tujuan Forum ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman dan sekaligus jawapan kenapa polemik isu kalimah ALLAH ini harus di fahami akan implikasinya serta di pandang serius oleh umat Islam di semua peringkat. PEMBELA juga akan membawa resolusi ke perhatian Majlis Raja-Raja serta akan membuat petition tuntutan.

[colored_box color=”eg. blue, green, grey, red, yellow”]

Antara panelis forum yang dijemput:

1. Haji Mahamad Naser Disa (Biro Undang-undang MAIWP)
2. Dr Aziz Hanafi / Dato’ Dr Haron Din
3. Ustaz Hj Zamri Hashim (Timbalan Mufti Perak)
4. Hj Ismail Mina (Presiden MUAFAKAT)
5. Dr Mohd Farid Mohd Shahran (Jabatan Usuluddin & Perbandingan Agama, UIA)

[/colored_box]

Banner Forum

Forum ini terbuka kepada semua. Pendaftaran dan penyertaan adalah PERCUMA.

Segala pertanyaan bolehlah menghubungi urusetia Forum melalui telefon 03-4107 1025 atau ke laman sesawang kami membelaislam.wordpress.com untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top