Adakah Ummah Islam Bermasalah…(2)

perkumpulan

 

Apakah Yang Perlu Dilakukan ?

Selepas melihat keadaan dan realiti pada Ummah Islam sekarang(rujuk entry sebelum), adalah penting lagi mendesak sekarang ini untuk berusaha mengembalikan muslim kepada aqidah yang shahih. Kejayaan bagi usaha-usaha ini hanya akan dapat dicapai dengan penyelidikan yang mendalam, kebijaksanaan dan ketabahan. Adalah tidak wajar usaha-usaha itu dilakukan dengan tergesa-gesa, penuh dendam dan kemarahan.

Islam hari ini memerlukan para pejuang dan pekerja. Pejuang yang benar-benar beriman, yang sentiasa bersedia untuk berkorban dengan sepenuh tenaga, harta dan jiwa. Pejuang Islam bersedia menggunakan segala kemampuan yang dimiliki untuk mencapai matlamat yang besar.

Oleh itu satu penyusunan yang sempurna, kuat dan kukuh diperlukan. Penyusunan yang berdaya dan berkemampuan untuk mengabdikan pemuda dan pemudi yang berpendidikan Islam dalam erti kata yang luas. Penyusunan yang membebaskan mereka daripada belenggu rantai yang sekian lama telah mencengkam. Menukar kembali mereka daripada kijang yang jinak menjadi Singa yang garang.


Sejarah Akan Berulang

Kini, tiada ibadah yang lebih utama melainkan usaha membebaskan masyarakat daripada kekeliruan dan perhambaan yang telah berakar umbi dalam jiwa. Segala ciri kekufuran dan jahiliyah yang begitu lama di tanam dalam pemikiran dan jiwa harus dibersihkan agar yang haq dapat bertapak dengan mudah.

albanna

Untuk matlamat ini, Islam memerlukan Para du’ah (Pendakwah-pendakwah) yang bertaqwa disegenap penjuru duniaIslam. Du’ah yang tidak mungkin akan meninggalkan perjuangan mereka hingga akhir hayat.

Sejarah telah membuktikan bahawa para pejuang dan du’ah yang seperti inilah sahaja yang dapat berkhidmat untuk Islam di sepanjang hayat mereka demi mengembalikan Islam ke tempat yang adil. Sejarah sentiasa berulang dan akan berulang lagi. Sejarah akan menyaksikan bahawa kesungguhan, kebijaksanaan, kegigihan dan ketekunan melaksanakan da’wah dimiliki oleh mereka yang faham dan menerima hakikat kebenaran serta kekuatan Islam.

Allah SWT Menciptakan Manusia Yang Berwibawa

Allah SWT adalah Pengatur, Pencipta dan Pemilik alam ini. Allah SWT mempunyai kerajaan yang besar dan bahagian-bahagian kerajaanNya yang tiada batasan. Dia telah menciptakan manusia di satu bahagian alam yang disebut bumi. Makhluk ciptaanNya dilengkapi dengan kemampuan berfikir. DiberikanNya ilham untuk membezakan antara yang baik dan yang batil. DiberikanNya berbagai-bagai kebebasan dalam mencapai kehendak dan kemahuan seizinNya. DiberikanNya kekuasaan untuk mengulangi urusan menurut kesukaannya seizinNya. DiberikanNya kedudukan sebagai Khalifah di bumi.

Manusia Tidak Boleh Lari Daripada Tugas Yang Allah Taklifkan

Sewaktu Allah SWT memberikan kedudukan yang penting kepada manusia di bumi, diturunkanNya ke dalam lubuk hati manusia pengertian-pengertian berikut:-

1) Bahawa Aku (Allah), Rabbmu dan Rabb seluruh alam ini.

  • Aku Penciptamu dan Pencipta alam ini
  • Jangan Kamu menjadi hamba kepada yang lain selain Aku
  • Aku berikan kepadamu kebebasan hidup di dunia untuk suatu waktu
  • Kamu akan kembali kepadaKu selepas berakhir waktu tersebut
  • Aku akan periksa setiap yang kamu lakukan
  • Aku akan berikan keputusan siapa yang berjaya dan siapa yang gagal
  • Ingatlah sebaik-baik jalan yang perlu dilalui di dunia ini adalah jalan dimana kamu mengambil Aku sebagai Rabbmu yang esa.
  • Jalan menurut perintahku
  • Jalan yang penuh dengan kesedaran bahawa dunia adalah medan ujian
  • Dan matlamat yang hakiki adalah kemenangan di akhirat.

2) Bahawa jalan-jalan lain selain daripada jalanKu adalah sia-sia dan sesat

  • Jika kau menempuh jalanKu, kau akan memperoleh kenikmatan di dunia dan ganjaran syurga
  • Itulah kesenangan abadi
  • Jika kau menempuh jalan yang lain, kau akan merasa keluh kesah dan menderita dengan bala bencana serta kerosakan di bumi.
  • Bahkan diwaktu kamu telah menyeberang daripada alam dunia ke alam akhirat, kamu akan memasuki jurang neraka.
  • Itulah azab yang abadi

Sekian… :)

Rujukan:
At-Ta’rif

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top