๐๐ซ๐š๐ง๐ค ๐†๐š๐๐ฎ๐ก ๐…๐š๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐š๐ญ๐จ๐ซ ๐๐ข ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ: ๐‡๐ข๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐“๐ข๐๐š๐ค ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ?

Prank hari lahir semasa minggu orientasi? Adakah ini satu persembahan yang sewajarnya dipertontonkan kepada pelajar-pelajar baharu?

โ€œPrank member sendiri, pelajar pula terpinga-pinga apa abang akak fasi buat niโ€
โ€œOrang ramai gesa fasi hentikan prank mengarut begini waktu orientasi. Takde sape suruh korbankan cuti punโ€
โ€œUdah udah lah tu anggap student baru macam budak-budak. Asyik duk macamni je macam mana nak matangkan freshies baru habis sekolahโ€

Berikut antara luahan daripada wargamaya berkenaan isu yang tular semalam. Rasa agak kecewa melihat persembahan yang tidak matang ini semasa minggu orientasi. Kesian juga pada pelajar baharu yang dah ada โ€˜expectationโ€™ yang tinggi kat universiti tetapi dimulai dengan persembahan yang kurang menyenangkan.

Mahasiswa sekalian, alam universiti sepatutnya dipenuhi dengan pencarian ilmu, penambahan kemahiran, pemantapan sahsiah dan pembinaan jati diri di samping โ€˜exploreโ€™ lebih banyak lagi pengetahuan tentang bidang yang diceburi. Persembahan โ€˜prankโ€™ seperti ini sedikit sebanyak mengurangkan sifat kewibawaan pada fasilitator yang seharusnya menjadi โ€˜qudwahโ€™ kepada pelajar-pelajar baharu.

Baru masuk univesiti dah kena marah, dah kena caci maki dengan perkataan yang tidak sopan. Adakah ini budaya kita? Tepuk dada tanya iman. Sekiranya ingin membuat persembahan, buatlah persembahan yang bermanfaat. Tak salah untuk kita berhibur tetapi perlu ada garisnya.

Saidina Ali R.A pernah berkata โ€œJika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari iniโ€. Jika sekarang ini kita masih lagi mengamalkan budaya yang tidak membina, bagaimana agaknya dengan generasi akan datang? Oleh itu, mahasiswa seharusnya pasakkan kefahaman agama dalam diri. Dengan adanya kefahaman dan ilmu agama, mahasiswa akan terpandu dan tahu apa yang perlu dilakukan berdasarkan tuntutan agama.

Mahasiswa adalah aset penting bagi sesebuah negara. Tanpa kita sedari, masyarakat luar sedang menantikan apakah yang akan dilakukan mahasiswa kerana mahasiswa adalah harapan masyarakat untuk menggantikan pelapis kepimpinan negara. Oleh itu, masa yang ada ini gunalah sebaiknya dan jangan sesekali dibazirkan dengan perkara yang tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Akhir kata, semoga mahasiswa lebih bijak dalam mengambil keputusan dan mendapat taufik serta hidayah agar sentiasa ditunjukkan ke jalan yang diredhai. Nampak sukar tapi tak mustahil. Moga Allah bimbing kita semua.

Disediakan oleh:
SITI FATIMAH BINTI MUHAMAD TUAH
JKC PEMBINA BANGI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top