KIBAR BENDERA CINA & UEC, APAKAH MAHASISWA PERLU TAHU?

PEMBINA memantau secara rapat isu-isu kenegaraan berkaitan kedaulatan negara. Beberapa video tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu dilihat mengibarkan bendera China di kawasan berhampiran Dataran Menara Condong Teluk Intan, Perak sambil bersorak. Susulan itu, polis pada Jumaat lalu memanggil penganjur untuk dirakam keterangan dan siasatan mendapati perarakan berunsurkan keagamaan dan melibatkan kereta berhias itu turut melanggar syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dilaporkan berkata siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 3 (1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mempamerkan lambang kebangsaan negara asing di tempat awam. 

Pimpinan MCA, Choo Seong, dalam sebuah kenyataannya telah mempersoalkan motif mengibarkan bendera China di sekolah dan tempat awam seperti insiden berlaku di Teluk Intan. Dalam kenyataannya, beliau menegaskan bahawa ianya bukanlah isu politik atau perkauman tetapi ia adalah isu kedaulatan. Tambahan, lebih membimbangkan apabila sebahagian rakyat Malaysia masih memandang enteng dan tidak sedar akan tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Rentetan kes bendera China, kita wajar melihat kembali usaha China menggunakan diaspora Cina di Malaysia sebagai suatu alat untuk meluaskan aktiviti “PenChinaan Malaysia” yang berlaku dalam puluhan tahun kebelakangan ini. Antaranya ialah, usaha pengiktirafan UEC dengan rujukan silibus dari tanah besar China, pemerkasaan sekolah vernakular dengan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, usaha menonjolkan tokoh-tokoh komunis, Isu perluasan pengaruh China di Laut China Selatan yang menggugat kedaulatan negara. Kebanjiran pelancong China yang hilang tak keluar dari Malaysia.

Dalam konteks pendidikan, pada Oktober 2024, Dong Zong mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek, menuntut pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) serta  mengekalkan Bahasa Cina sebagai Bahasa utama Kurikulum di SJKC.Terkini, Dong Zong terus mendesak Kementerian Pendidikan Tinggi supaya Sijil Unified Examination Certificate (UEC) diterima sebagai syarat kemasukan ke Universiti awam secara direct intake tanpa melalui Unit Pusat Universiti (UPU) dengan alasan pemegang UEC juga berhak dilayan sama seperti pemegang sijil negara asing lain seperti A-level, International Baccalaureate dan Australia Matriculation. Tuntutan-tuntutan ini akan terus diutarakan sehingga sijil UEC yang mengambil silibus kurikulum dari Tanah Besar China berjaya diiktiraf sepenuhnya.

Melihat kepada kesemua senario yang berlaku,  tindakan-tindakan di atas merupakan rentetan atas merupakan salah satu bentuk “soft power” yang dijalankan oleh China melalui sistem pendidikan di Malaysia. China juga mempunyai hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan serantau mewakili institusi pendidikan China. (Rujuk buku “Penchinaan Malaysia, IRIS Institute”

Usaha Penchinaan Malaysia yang sedang giat dijalankan ini perlu diberi perhatian dengan lebih teliti oleh rakyat Malaysia terutama Mahasiswa kerana isu ini perlahan-lahan mencabar  kedaulatan negara. Usaha ini boleh mengancam identiti kebangsaan kita dan menjadikan negara terdedah kepada manipulasi kuasa asing. Kita sepatutnya bijak mengimbangi keterbukaan terhadap kerjasama antarabangsa tanpa mengorbankan  nilai-nilai dan kepentingan nasional negara kita.

Seruan kepada mahasiswa  dan gerakan mahasiswa: 

  1. Gerakan mahasiswa perlu sentiasa peka dan prihatin terhadap isu yang menganggu gugat kedaulatan negara dan perlu proaktif memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap ancaman yang berlaku. 
  2. Mahasiswa seharusnya meninggalkan gaya hidup dan cara fikir (mindset) individualistik dan mula berfikir tentang isu kenegaraan.
  3. Gerakan Mahasiswa sepatutnya memperkemas agenda masing-masing dengan menjadikan kedaulatan negara sebagai gagasan utama dalam  perjuangan.
  4. Mahasiswa sepatutnya berani untuk  keluar daripada zon selesa dan mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang tinggi untuk menjadi pemimpin masyarakat bagi mendepani sebarang  bentuk ancaman dan cabaran dalaman dan luaran.

1 November 2024

Disediakan oleh: Unit Kajian dan Strategik PEMBINA 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top