Don't miss
- Adegan Panas Filem Tempatan Menyimpang dari Ajaran IslamPosted 48 days ago
- Gerakan Feminisme di MalaysiaPosted 53 days ago
- MOU dan tuntutan PEMBINA sempena PRU 13Posted 88 days ago
- Beliawanis perlu jelas matlamatPosted 118 days ago
- Ledakan Aktivisme di Tahun Baru Hijrah!Posted 186 days ago
- Pilihan atau TuntutanPosted 231 days ago
- PEMBINA mengutuk penerbitan filem berjudul the “Innocence of Muslim”Posted 247 days ago
- Selamat Datang Pelajar BaruPosted 251 days ago
- Perutusan Aidil Fitri buat beliawanisPosted 275 days ago
Tahniah saudara Nazmi Faiz Mansor
By pembina on May 22, 2012

PEMBINA mengucapkan tahniah di atas kejayaan Nazmi Faiz Mansor mengikat kontrak di sebuah kelab bola sepak Division 1 Portugal, Beira-Mar. Beliau yang telah menjalani ujian percubaan selama seminggu bermula pada 13 hingga 21 Mei 2012 telah memberikan persembahan serta prestasi yang cemerlang.
PEMBINA melihat belia di seluruh negara seharusnya mencontohi semangat dan dorongan beliau dalam melebarkan kejayaan di pelbagai peringkat di dunia.
Menurut Azril Hanafi, Naib Presiden PEMBINA,”Kita mahukan lebih ramai anak muda seperti Nazmi Mansor ini yang berusaha mencipta dan merebut setiap peluang. Dengan bakat dan tenaga yang ada, beliau telah memanfaatkannya untuk mengharumkan nama negara.” ujar beliau lagi.
Kelibat anak muda ini semakin terserlah dalam pelbagai peringkat pertandingan antarabangsa serta tempatan.
Anak kelahiran Kuala Lumpur yang berusia 17 tahun ini merupakan pemain tengah skuad Harimau Muda bawah 23 tahun.
Kenali Nazmi Faiz Mansor di sini:
