
PEMBINA mengucapkan tahniah di atas kejayaan Nazmi Faiz Mansor mengikat kontrak di sebuah kelab bola sepak Division 1 Portugal, Beira-Mar. Beliau yang telah menjalani ujian percubaan selama seminggu bermula pada 13 hingga 21 Mei 2012 telah memberikan persembahan serta prestasi yang cemerlang.
PEMBINA melihat belia di seluruh negara seharusnya mencontohi semangat dan dorongan beliau dalam melebarkan kejayaan di pelbagai peringkat di dunia.
Menurut Azril Hanafi, Naib Presiden PEMBINA,”Kita mahukan lebih ramai anak muda seperti Nazmi Mansor ini yang berusaha mencipta dan merebut setiap peluang. Dengan bakat dan tenaga yang ada, beliau telah memanfaatkannya untuk mengharumkan nama negara.” ujar beliau lagi.
Kelibat anak muda ini semakin terserlah dalam pelbagai peringkat pertandingan antarabangsa serta tempatan.
Anak kelahiran Kuala Lumpur yang berusia 17 tahun ini merupakan pemain tengah skuad Harimau Muda bawah 23 tahun.
Kenali Nazmi Faiz Mansor di sini: