Beliawanis Tangkas di KASBI

Pada hari Sabtu, 19 disember 2009, bersamaan 2 Muharram 1431, telah berlangsung Karnival Sukan Belia Islam Nasional 2009 bertempat di German Malaysian Institute, Bandar Baru Bangi bagi pihak beliawanis. Seramai 200 peserta beliawanis terdiri daripada 8 kontinjen yang datang daripada seluruh Malaysia telah berentap di atas padang GMI yang tersergam indah. Antara yang hadir adalah daripada kontinjen Johor, Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu, Penang, Kedah dan Selangor. Wakil dari negeri Selangor terdiri daripada 3 kontinjen iaitu kontinjen dari Shah Alam Klang (SAK), Daerah Hulu Langat (DHL) dan Gombak. Semangat berpasukan dapat dilihat apabila setiap kontinjen tiba dengan mengenakan pakaian yang sama atau warna yang serupa bagi mewakili kontinjen masing-masing beserta sepanduk yang pelbagai rupa.

3 acara dipertandingkan di pihak beliawanis iaitu bola keranjang, bola tampar dan bola jaring. Bola jaring mendapat penyertaan tertinggi iaitu sebanyak 10 kumpulan manakala bagi bola tampar dan bola keranjang, sebanyak 4 penyertaan. Lebih menarik lagi, peserta termuda yang hadir kali ini hanya berusia 12 tahun manakala yang tertua adalah 44 tahun!. Ini menunjukkan betapa usia tidak menghalang beliawanis untuk sentiasa cergas dan pantas di dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Read the rest

Kontinjen Melaka Ungguli Persada Nasional

UKM, Bangi – 19 Nov 2009: Sekitar jam 9 pagi, kira-kira 600 orang peserta Karnival Sukan Belia Islam Nasional (KASBI) 09 sudahpun berbaris segak di hadapan Astaka Universiti Kebangsaan Malaysia untuk acara perasmian. Tidak ketinggalan kontinjen Melaka  seramai lebih kurang 60 orang yang hadir menaiki bas dan beberapa buah kereta  usai solat subuh di Masjid MMU. Kontinjen Melaka mempertaruhkan 3 pasukan bolasepak dan 1 pasukan bola keranjang untuk belia manakala bagi beliawanis, terdapat tiga acara dipertandingkan dan kontinjen Melaka menyertai ketiga-tiga acara tersebut iaitu Bola Jaring, Bola Keranjang dan Bola Tampar.

KASBI-09-16

KASBI 2009 yang dianjurkan oleh PEMBINA dengan kerjasama ISMA ini bertitik tolak dari kesedaran bahawa Islam bukan sahaja satu agama yang merangkumi aspek peribadatan semata tetapi satu cara hidup yang menyediakan peraturan dan panduan dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian, ketenteraan dan tidak terkecuali, sukan. Ini kerana Islam sebagai agama yang syumul, senantiasa mengambil berat tentang hal ehwal umatnya disamping menjaga hubungannya dengan Pencipta Yang Maha Agung. Walau bagaimanapun, Islam turut menetapkan beberapa syarat dan peraturan yang perlu digunapakai sebagai rujukan dalam menjana setiap gerak-geri umatnya bertujuan agar tidak terpesong daripada ajaran Islam yang hakiki. Read the rest

Semangat Juang: Jangan Pernah Luntur!

basketballIni kali pertama saya menyertai pertandingan bola keranjang dalam kejohanan terbuka. Kali terakhir saya hanya bermain mewakili pasukan rumah Temenggung semasa di bangku sekolah dahulu. Semua orang yang aktif punya sukan kegemaran masing-masing dan sungguh, bola keranjang adalah sukan yang amat saya minati walaupun saya tidak pernah mendapatkan latihan formal tentang teknik dan peraturannya. Dengan minat yang mendalam itulah saya berazam untuk bermain mewakili kawasan saya dalam Karnival Sukan Belia Islam Nasional tahun ini.

Jarak umur yang besar dalam mendefinisikan belia menjadikan para pemain yang datang berbeza-beza peringkat usia. Ada yang baru menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dan ada pula yang sudah belasan tahun meninggalkan alam persekolahan. Bila bertemu di atas gelanggang yang sama, stamina dan kelincahan menjadi antara titik pembeza.

Read the rest

Sekitar KASBI 09

Lagi Gambar Menarik Di Galeri

Tahniah kepada PEMBINA

En. Mohd Asri yang merupakan tetamu kehormat majlis permian KASBI 09 menzahirkan penghargaan beliau terhadap kesungguhan  PEMBINA mengumpulkan seramai kira-kira 600 orang yang terdiri daripada 8 kontinjen daripada seluruh negara. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Beliau juga menyatakan sokongan penuh terhadap mana-mana badan atau pertubuhan yang memberi perhatian yang serius terhadap sukan sebagai suatu cabang penting dalm pembinaan belia yang berkualiti dan bermanfaat. Sambil memberi nasihat kepada semua kontinjen supaya mengawal amarah sepanjang karnival berlangsung, En. Asri j uga berharap agar PEMBINA dapat menganjurkan karnival seumpama ini pada masa hadapan dengan jumlah acara dan peserta yang lebih ramai. Syabas sekali lagi kepada PEMBINA. Majulah sukan untuk belia!

Karnival Bermula!

Kelihatan gagasan kontinjen memenuhi perkarangan Astaka Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan pelbagai ragam dan uniform seawal pukul 8 pagi. Setiap kontinjen membawa sepanduk masing-masing yang melambangkan kegagahan dan kemegahan kontinjen masing-masing. Sekitar jam 9 pagi, kira-kira 600 orang peserta Karnival Sukan Belia Islam Nasional (KASBI) 09 sudahpun berbaris segak di hadapan astaka untuk acara perasmian. Kontinjen yang hadir terdiri daripada belia dan beliawanis yang datang dari seluruh negara, termasuk kontinjen daripada Johor, Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Perlis dan Pahang. 3 acara dipertandingkan untuk kategori belia iaitu bola sepak 6 sebelah, bola keranjang dan bola tampar. Manakala bagi beliawanis bola tampar dan bola jaring dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada semua kontinjen yang berjaya menghadirkan diri serta mempamerkan semangat kesukaanan yang ama tinggi, terutama kepada sebahagian besar daripada peserta yang datang daripada luar Selangor! Kemeriahan telah bermula. Teruskan berentap wahai para Jaguh!

Web rasmi KASBI ‘09

Assalamu’alaikum. Selamat datang ke laman rasmi liputan Karnival Belia Islam Nasional 09. Segala liputan acara, papan mata, temuramah dan galeri karnival akan dimuatkan di sini. Salam ziarah!