Usamah, Imam Tarawih University of Melbourne

GOMBAK 27 Julai 2011 – Usamah Izer, ahli jawatankuasa pusat Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah dijemput khas untuk mengimamkan solat Tarawih di University of Melbourne, Australia sepanjang bulan Ramadhan.

Beliau berangkat malam ini bagi mengisi posisi tersebut di bumi Kangaroo itu. Beliau akan turut mengajarkan Al-Quran dan tajwid sepanjang keberadaan di sana.

Beliau yg ditemubual hari ini menyatakan kesyukuran beliau di atas jemputan dari masyarakat Muslim di sebuah universiti ternama di dunia.

“Firman Allah ‘fasiru fil ardi fanzuru…’ Semoga perjalanan saya akan diberkati & menambahkan keyakinan hamba kepada Pencipta-Nya,” ujar beliau.

Usamah juga merancang untuk bergaul dengan masyarakat antarabangsa serta komuniti Melayu di sana bagi memahami dengan lebih jelas realiti kehidupan di luar negara.

Beliau yang juga Ketua Jawatankuasa Aktivisme Mahasiswa (JKAM) PEMBINA berharap dapat mendalami kehidupan mahasiswa Malaysia di bumi asing bagi memperkayakan gerak kerja JKAM di tanah air.

PEMBINA berharap agar kesempatan Usamah di perantauan itu akan dimanfaatkan sebaiknya oleh beliau dalam mengutip mutiara-mutiara pengalaman dan ilmu.

Semoga pengalaman berpuasa dan berhari raya di bumi asing itu akan menjadi pengalaman berharga bagi beliau dan dapat dikongsikan kepada sahabat-sahabat lain, terutama golongan belia.

 

Media PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top