Ukur Sedekat atau Sejauh Mana Kehidupan Kita Dengan Rasulullah

Gambar Fail: Naib Presiden PEMBINA

BANGI, 5 Feb 2012 – Umat Islam terutama golongan belia perlu mengambil kesempatan sempena hari kelahiran Rasulullah untuk menyelami sirah dan menyemai cinta terhadap baginda. Demikian seru Naib Presiden PEMBINA, Aizuddin Khalid, ketika ditemuramah wartawan Media PEMBINA. Menurut beliau, kelahiran dan kehadiran baginda merupakan rahmat bagi seluruh alam dimana dunia mengorak langkah kepada kemuncak ketamadunan sosial dan pemodenan.

“Namun, hari ini, pengabaian dan salah faham terhadap peranan qudwah Rasulullah membawa kesan penyimpangan dari jalan agama yang lurus. Masalah sosial, korupsi dan maksiat terutama di negara Islam banyak merebak apabila perintah, pesanan dan amanah Rasul dikesampingkan, dan hanya amal-amal mudah sahaja yang berani diikuti.” Beliau menambah walaupun rata-rata umat Islam tentu sekali menyatakan cinta kepada Nabi, namun, sekadar punya emosi tidak cukup untuk mengatakan kita seorang yang patuh dan kasih kepada Rasul.

Oleh itu, Aizuddin menyeru umat Islam harus menilai sedekat atau sejauh mana kehidupan dan rujukan mereka kepada Rasulullah dalam kehidupan seharian. Semoga penghayatan sirah Rasulullah yang mendalam dapat membuka pintu hidayah dan rahmat dari Allah buat bumi umat Islam.

 

-Media PEMBINA-

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top