PEMBINA Junjung Dasar Luar Negara Tidak Iktiraf Israel

BANGI 8 Feb –  Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) berpendirian menyokong kepada dasar luar negara Malaysia untuk tidak mengadakan apa-apa hubungan diplomasi dengan negara Israel, demikian ulas Setiausaha Agung PEMBINA, Ust Salman Abdul Rahman kepada wartawan Utusan Malaysia baru-baru ini. 
 
Menurut Ustaz Salman, PEMBINA tidak menyokong mana-mana pihak yang menyatakan sokongan kepada negara Israel kerana ia dibina di atas asas jenayah dan sehingga sekarang, Israel terus menzalimi rakyat Palestin yang sepatutnya berhak kepada negara mereka yang dirampas.
 
“Kami mengajak umat Islam, terutamanya belia Islam di luar sana untuk terus menyokong dasar luar ini dan seterusnya meningkatkan usaha dan sokongan kepada usaha memerdekakan negara Palestin yang dijajah, dizalimi dan dinafikan hak mereka,” ujar Setiausaha Agung PEMBINA itu lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top