CYBERJAYA, 6 JUN – “Tuduhan Ketua MCA Segamat tidak berasas,” demikian kenyataan Timbalan Presiden PEMBINA, Azril Hanafi ketika diminta mengulas isu berhubung respon Dr Lee Hong Tee, Ketua MCA Segamat terhadap bantahan PAS Segamat berhubung acara tarian gelek di Segamat.
Tindakan Dr Lee yang menyifatkan PAS sebagai parti yang akan melaksanakan dasar ‘ultra konservatif’ dan mundur itu adalah tidak matang dan tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan penduduk setempat.
“Sepatutnya Ketua MCA Segamat itu lebih cakna kepada suasana masyarakat majmuk di negara ini, bukan cuba membuktikan samada PAS atau mana-mana pihak sebagai ‘autoritarian’ dan sebagainya. Saya melihat cubaan pihak-pihak ekstrim seperti ini yang cuba melabelkan ajaran Islam secara negatif seperti ini adalah tindakan melampau,” ujar beliau.
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bersama-sama dengan PAS Segamat membantah gejala tidak sihat ini dan meminta pihak berkuasa sama ada Pejabat Agama Daerah Segamat dan Majlis Daerah Segamat mengambil tindakan serta merta ke atas penganjuran acara yang tidak bertanggungjawab ini. Lebih memburukkan lagi apabila acara ini dipertontonkan di hadapan khalayak ramai serta kanak-kanak.
“PEMBINA menyeru kepada semua pihak tidak mengira tua dan muda agar sama-sama berganding bahu dengan penuh rasa tanggungjawab membanteras sebarang bentuk penganjuran acara yang bercanggah dengan syariat Islam.”
Kite harus membantras gejala tidak sihat yang boleh memudaratkan anak muda zaman sekarang….
saya salin semula komentar dari YB Datuk Ayub Rahmat (ADUN KEMELAH):- Saya terpanggil utk memberikan komen,maaf terlewat komen ada masalah kesihatan bapa mertua,sememang wajar utk menyatakan rasa kekecewaan atas kenyataan yg tidak menjurus kpd kehendak mykt khususnya mykt Islam,sy berpendirian wajar utk pemimpin tersebut menarik balik kenyataan yg agak keterlaluan thadap Islam,kemajuan,ketamadunan bukan diukur dgn tarian gelek dsb,ia satu manifestasi berasaskan ilmu,akhlak dan penyatuan,elok juga ada garispanduan jelas kpd pusat belibelah utk rujuk kpd pihak berwajid jika anjurkan sesuatu prog,tahniah kpd yg bangkit mempertahankan Islam,wajib bagi kita,wajib juga utk kita bersatu